Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tum­buhan (lumut), rumput angin, tahi angin, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 = pokok ~ barus nama sj pokok yg menghasilkan kapur barus, Dryobalanops aromatica. 2 nama sj pokok yg kayunya digunakan utk membuat kerusi meja dll, Dryobalanops oblongifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapur

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Jangan ditambat di pohon keduduk;
Kapur saya kapur berjintan,
     Jangan diculik dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kapur di hujung telunjuk.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong sanak saudara.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit.Apabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapur di hujung telunjuk.Tidak dapat menolong sanak saudara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kunyit dengan kapur.Mudah dan lekas mesra.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tikus masuk kapur (= tepung).Memakai bedak tidak keruan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak makan kapur.Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam berak kapur.Rupa pucat kerana menghidap penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur.Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertungkus-lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur.Perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas