Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tum­buhan (lumut), rumput angin, tahi angin, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 = pokok ~ barus nama sj pokok yg menghasilkan kapur barus, Dryobalanops aromatica. 2 nama sj pokok yg kayunya digunakan utk membuat kerusi meja dll, Dryobalanops oblongifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapur

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Jangan ditambat di pohon keduduk;
Kapur saya kapur berjintan,
     Jangan diculik dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kapur di hujung telunjuk.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong sanak saudara.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chalk renderingpelukisan realistik kapur; lukisan realistik kapurKesenianTiada1. Pelukisan realistik kapur: Membuat lukisan realistik dengan menggunakan kapur.,2. Lukisan realistik kapur Lukisan realistik yang menggunakan kapur.
kapurkapurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dryobalanopsspp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung keladan, dan di Sarawak ialah kelansau. Spesies utama kayu kapur termasuk Dryobalanos aromatica, D. beccarii, D. lanceolata, dan D. rappa. Gubal kayu kapur berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 576 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras sederhana. Kayu ini kuat, mudah diproses dan dikeringkan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu kapur digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, lantai kegunaan lasak, alas landasan kereta api, dan papan lapis.
limestonebatu kapurKimiaTiadaBatuan endapan yang mengandungi lebih daripada 95% kalsium karbonat, dan lazimnya terdapat dalam bentuk kalsit. Kebanyakan batu kapur terbentuk daripada rangka berkapur organisma yang reput. Batu kapur digunakan untuk penghasilan kapur tohor, kapur mati, dan simen.
hydraulic limekapur hidraulKejuruteraanKejuruteraan BangunanKapur yang dihasilkan daripada batu kapur yang juga mengandungi jirim agrillaceous yang apabila dibakar akan bergabung dengan sebahagian daripada kapur bagi membentuk perekat yang boleh mengeset di dalam air.
calcium carbonatekalsium karbonatGeologiTiadaSerbuk berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur, dan kalsit. Kebanyakannya tidak larut di dalam air: CaCO3.
calcium carbonatekalsium karbonatKimiaTiadaSerbuk berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur, dan kalsit. Kebanyakannya tidak larut di dalam air: CaCO3.
detrital limestonebatu kapur gersikGeologiTiadaBatu kapur yang terbentuk daripada puing batu kapur yang lebih tua.
cement rockbatuan simenGeologiTiadaBatu kapur lempungan yang mengandungi kapur, silika, dan alumina, serta magnesia; digunakan dalam pembuatan simen hidraulik asli.
Comancheanusia ComancheGeologiTiadaSiri wilayah Amerika Utara: usia Kapur Bawah dan Kapur Atas.
calcium hydroksidakalsium hidrosidaKimiaTiadaSebatian tak organik, formula Ca(OH)2, wujud dalam bentuk serbuk berhablur, berwarna putih, lembut, larut sedikit di dalam air (dikenali sebagai air kapur), larut di dalam glisserol dan asid, tetapi tidak larut di dalam alkohol, dan menyerap gas karbon dioksida daripada udara untuk membentuk mendakan kalsium karbonat. Kalsium hidroksida disediakan dengan melarutkan kalsium oksida di dalam air. Sebatian ini digunakan untuk membuat mortar, simen dan turap. Sebatian ini umumnya dikenali sebagai kapur, kapur mati, atau kapur kaustik.
12345678910...

Kembali ke atas