Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rak.ter] | کارکتر

Definisi : 1. sifat (ciri) perwatakan yg mem­bezakan seseorang drpd yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter, aksara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karakter


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genius locigenius lociKesenianSeni BinaSemangat atau jiwa sesuatu tempat. Sesuatu tempat dianggap sebagai ruang-ruang yang mempunyai karakter, identiti, nilai dan keunikan yang tersendiri. Penelitian terhadap genius loci tidak terbatas pada aspek fizikal semata-mata tetapi juga meliputi aspek budaya seperti kepercayaan, sejarah tempat, paradigma seni dan aspek sosial seperti hubungan antara manusia. Aspek-aspek berkenaan mempengaruhi seni bina kontemporari tentang bagaimana keadaan persekitaran memberi kesan kepada sesuatu tempat, dan hubung kaitnya dengan bahan, bentuk, warna, struktur, skala, ruang dalaman dan ruang luaran dalam lingkungan tempat tersebut. Kesemua elemen ini akan membentuk karakter sesuatu tempat. Oleh itu, arkitek seharusnya perlu peka terhadap elemen-elemen ini dan mengambil peranan sewajarnya dalam menyatukan elemen-elemen tersebut bagi mewujudkan hubungan yang harmoni antara ruang, alam dan tempat yang berkenaan.
acanthusakantusKesenianSeni BinaHiasan bermotifkan daun pokok akantus yang berasal dari Mediterranean. Corak akantus banyak digunakan sebagai elemen karakter pada kepala tiang aturan Corinth pada era seni bina klasik. Selain digunakan sebagai hiasan pada kepala tiang, akantus juga digunakan sebagai motif hiasan pada dinding dan perabot.
acanthusakantusKesenianHiasan DalamanHiasan bermotifkan daun pokok akantus yang berasal dari Mediterranean. Corak akantus banyak digunakan sebagai elemen karakter pada kepala tiang aturan Corinth pada era 4 seni bina klasik. Selain digunakan sebagai hiasan pada kepala tiang, akantus juga digunakan sebagai motif hiasan dinding dan perabot.
nerf (online gaming)nerf (permainan dalam talian)e-SukanTiadaKuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk mengurangkan kekuatan sesuatu karakter bagi mencapai keseimbangan dalam permainan.
skin (online gaming)kekulit (permainan dalam talian)e-SukanTiadaSesuatu yang dikenakan pada sebarang objek untuk tujuan kosmetik termasuklah alatan dan kostum pada karakter untuk menjadikan permainan lebih menarik.
skin (online gaming)kekulit (permainan dalam talian)e-SukanTiadaSesuatu yang dikenakan pada sebarang objek untuk tujuan kosmetik termasuklah alatan dan kostum pada karakter untuk menjadikan permainan lebih menarik.
MOO (MUD, object oriented)MOO (MUD, berorientasi objek)Teknologi MaklumatTiadaSejenis MUD yang merangkumi bahasa pengaturcaraan yang berorientasikan objek yang digunakan oleh peserta untuk mencipta karakter dan dunia tersendiri.
high-techteknologi tinggiKesenianSeni BinaGaya reka bentuk yang memasukkan ciri-ciri perindustrian, perdagangan dan institusi dalam rekaan peralatan, objek dan elemen-elemen yang menyerupai dan mempunyai karakter praktikal industri.
buff (online gaming)buf (permainan dalam talian)e-SukanTiada1. Kuasa yang diperoleh pemain setelah bertempur dan mematikan sesuatu objek dalam permainan video dalam talian. 2. Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk meningkatkan kekuatan sesuatu karakter dalam permainan.
arts and craft movementgerakan seni dan krafKesenianSeni BinaGerakan reka bentuk antarabangsa yang berkembang antara tahun 1860-an hingga 1930-an, yang secara lantang menentang penggunaan mesin dalam penghasilan produk. Gerakan ini wujud bagi menyokong pertukangan tradisional yang menggunakan bentuk yang mudah. Gerakan ini cuba menghidupkan kembali ketrampilan tangan manusia dalam seni dan karya dan menolak industri yang berasaskan mesin. Salah satu produk seni bina yang terkenal hasil daripada gerakan ini ialah The Red House yang dirancang oleh Phillip Web. Rumah milik William Moris ini telah berjaya memecahkan mitos simetri yang dikemukakan oleh kebanyakan arkitek klasik pada ketika itu. Setiap ruang rumah tersebut dirancang menurut fungsi, karakter dan peranannya masing-masing. Gerakan seni dan kraf diketuai oleh artis dan penulis, iaitu William Morris (1834-1896) yang terpengaruh dengan tulisan-tulisan John Ruskin (1819-1900) dan Augustus Pugin (1812-1852).

Kembali ke atas