Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rang] | کارڠ

Definisi : 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang; karang-karangan berbagai-bagai karang; berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : sunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : pd waktu yg akan datang, tidak lama lagi, nanti, kelak: ~ barulah tahu; malam ~ malam nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : , = karangan batu kapur yg bermacam-macam bentuknya yg terdapat di dasar laut. karang-karangan berbagai-bagai karang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : ; berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : bp waktu yg akan datang; tak lama lagi; sebentar lagi; kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.Makna01.02.2014
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reefkarang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
Makna18.05.2020
Bolehkah perkataan PROPAGASI digunakan? Contoh ayat: Untuk membantu pemuliharaan terumbu karang, Jabatan Perikanan Malaysia memainkan peranan penting menjalankan kerja propagasi terumbu karang. Ia bertujuan untuk menjamin kelestarian dan meningkatkan litupan terumbu karang di perairan Malaysia.Perkataan propagasi boleh digunakan dalam ayat tersebut yang bermaksud pembiakan.
Lain-lain17.09.2020
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya.Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan.Tatabahasa06.04.2013
Bolehkah "Green Coral Lettuce" diterjemahkan sebagai "Salad Karang Hijau"?Salam sejahtera,


Puan,


Salad karang hijau boleh digunakan sebagai padanan untuk green coral lettuce.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.10.2019
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun.Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betulTatabahasa12.02.2009
apakah perbezaan antara pekarangan dengan perkarangan? adakah kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu kawasan halaman? atau batu karang di laut untuk perkarangan?Pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang.Tatabahasa05.10.2014
Ayat yang mengandungi pelengkap tak langsung ialah A.saya amengarang sebuah sajak. B.Saya mengarangkan sebuah sajak. C.Sajak utu saya karang sendiri D.Sajak itu dikarang oleh Ali mana satukah jawapannya? apakah yang dimaksudkan pelengkap tak langsung ? terima kasihYang betul ialah saya mengarangkan sebuah sajak. Sajak itu saya karang sendiri. Sajak itu dikarang oleh Ali. Pelengkap terdapat pada ayat dengan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Tapi unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Frasa pelengkap tak langsung tidak terdapat dalam konteks ayat tak transitif. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah objek tepat dan objek sipi dalam konteks ayat transitif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 385.  Tatabahasa22.04.2008
Adakah nama pejabat karang mengarang ditukar kepada upsi selepas kemerdekaan?Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
Saya memerlukan pengesahan ataupun cadangan berkenaan terma bahasa inggeris iaitu " Sponge City ". Memerlukan nasihat berkenaan cadangan penggunaan terma bahasa melayu. di bawah saya kepilkan poster berkaitanTerjemahan bagi Sponge ialah "span atau bunga karang". Cadangan terjemahan bagi Sponge City ialah "Bandar Bunga Karang"Makna22.03.2022
1234

Kembali ke atas