Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang; karang-karangan berbagai-bagai karang; berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = karangan batu kapur yg bermacam-macam bentuknya yg terdapat di dasar laut. karang-karangan berbagai-bagai karang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coral growth formbentuk pertumbuhan karangSains MarinTiadaPengkelasan organisma karang skleraktina atau karang keras yang dibuat berdasarkan bentuk dan struktur morfologinya. Pengkelasan ini terdiri daripada karang bercabang, karang masif, karang menjalar, karang submasif, karang folios, karang cendawan, karang milepora dan karang heliopora.
coral bootbut karangPerikananTiadaKasut yang digunakan oleh penyelam skuba untuk aktiviti selam permukaan di kawasan terumbu karang. But karang digunakan untuk mengelakkan kerosakan pada batu karang apabila penyelam terpijak karang. But ini juga digunakan untuk melindungi kaki penyelam supaya tidak tercedera apabila terkena karang yang tajam atau hidupan berbisa. Lihat juga selam permukaan.
ahermatyphic coralkarang ahermatifikSains MarinTiadaOrganisma karang yang merupakan sebahagian daripada komuniti karang, tetapi tidak menyumbang kepada pembinaan terumbu karang kerana tidak mempunyai struktur keras atau bahan berkapur sebagai rangka badan. Karang ini juga kadangkala dirujuk sebagai karang lembut. Contohnya, kumpulan Gorgonia seperti kipas laut, sea whip dan karang lembut yang lain. Karang ini dapat hidup di perairan yang dalam, bersuhu sejuk dan kawasan gelap. Banding karang hermatifik.
hermatyphic coralkarang hermatifikSains MarinTiadaSpesies karang di bawah order Scleractinia (filum Cnidaria) yang mengeluarkan bahan berkapur (kalsium karbonat) sebagai rangka badan yang seterusnya menjadi struktur asas pembinaan terumbu karang. Olehitu, karanghermatifikdikenalijugasebagaiorganisma karang pembina terumbu. Spesies karang ini juga dirujuk sebagai karang keras. Contohnya, karang Acropora, Millepora, Heliopora dan sebagainya. Banding karang hermatifik.
coral mudlumpur karangGeologiTiadaTimbunan serpihan karang-karang halus di penghujung sebuah cerun benua berhampiran dengan sebuah terumbu karang.
karangkarangKejuruteraanTiadaTiada
coral bleachingpemutihan karangPerikananTiadaPerubahan warna karang kepada warna putih, disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pencemaran air, peningkatan suhu laut, perubahan tahap kemasinan air atau gangguan oleh haiwan laut yang dikenali sebagai tapak sulaiman mahkota berduri. Karang hidup secara simbiosis dengan tumbuhan laut seperti alga zooxantela dan polip karang, yang menjadikan karang berwarna-warni. Alga merupakan sumber utama makanan bagi karang melalui proses fotosintesis, dan perubahan yang berlaku pada air laut menyebabkan karang kehilangan sumber makanannya dan berubah menjadi warna putih.
ahermatypic coralkarang ahermatipGeologiTiadaKarang bukan pembina terumbu; karang yang dapat hidup di dalam air yang sejuk, dalam, dan gelap.
coral reefterumbu karangSains MarinTiadaSatu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut.
brancing coralkarang bercabangPerikananTiadaJenis karang yang bercabang daripada genus Acropora. Jenis ini dikelaskan sebagai karang keras.
12345678910...

Kembali ke atas