Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : sl tempat tinggal (kediaman): mereka pergi ke karangan Singa Padu tempat kediaman Panji Semirang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.ra.ngan] | کارڠن

Definisi : batu kapur yg bermacam-macam bentuknya yg terdapat di dasar laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
karangan contoh ataupun Contoh Karangan ???? sebabnyaKarangan contoh ialah karangan yang menjadi teladan. Contoh karangan ialah karangan yang dapat mewakili karangan lain kerana sama ciri-cirinya.Lain-lain19.08.2006
Apakah perbezaan maksud antara 'karangan contoh' dengan 'contoh karangan'?Yang tepat penggunaan tatabahasa ialah karangan contoh. Penggunaan rangkai kata contoh karangan tidak tepat. Namun, penggunaan rangkai kata itu telah diterima kerana sudah lama digunkan atau sudah mantap penggunaannya.

Karangan contoh ialah karangan yang menjadi teladan. Contoh karangan ialah karangan yang dapat mewakili karangan lain kerana sama ciri-cirinya.
Tatabahasa26.11.2013
Soalan lain beritan dengan karangan Bagaimanakah menulis karangan yang lebih menarik? Bolehkah saya tahu akan beberapa tip menulis karangan yang menarik?
Untuk menghasilkan karangan yang lebih menarik, puan disarankan supaya membaca lebih banyak bahan bacaan ilmiah dan kerap membuat latihan menulis karangan. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang menarik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah, disokong dengan pembentukan ayat yang kreatif dan berkesan melalui kosa kata yang tepat, serta mempunyai pengetahuan tentang frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan kata-kata hikmah. 

Puan juga boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017; buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, ALex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019; Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma, Publications 2004; buku Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu, Marohaini Yusoff, Penerbit Universiti Malaya 2004.

Lain-lain14.01.2021
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasihJurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu
(biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain.
Makna14.03.2013
Saya yang menulis karangan itu. A Karangan itu saya yang tulis. B Karangan itu yang saya tulis. C Yang tulis karangan itu saya. menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif... berikut manakah jawapan yang paling tepat?Ayat pasif yang paling tepat ialah A. Karang itu saya yang tulis.Lain-lain06.07.2015
1.Mana satu betul? i) karangan contoh atau contoh karangan ii) jawapan contoh atau contoh jawapan 2. Bolehkan penjodoh bilangan 'sebuah' digunakan untuk karangan, puisi dan keluarga. Contoh : -Tulis sebuah karangan ....... -sebuah puisi -sebuah keluarga

1. Kedua-duanya betul.

2. Tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan.  

Tatabahasa30.06.2010
karangan contoh terbaik ngan contoh karangan terbaik? yang mana satu betul? sebab rumah contoh kan bukan contoh rumah, betul? jadi sepatutnya gunakan karangan contoh ?tapi dah biasa gunakan contoh karangan... jadi?

Frasa "rumah contoh" adalah betul mengikut hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) sama seperti rumah agam dan rumah baharu. "Contoh karangan terbaik" pula membentuk ayat yang lengkap, "contoh karangan" - frasa nama dan "terbaik" - adjektif. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengatakan karangan contoh terbaik kerana pola ayat itu tetap betul.

Tatabahasa11.07.2011
Salam sejahtera, yang manakah antara berikut adalah betul? satu majlis / sebuah majlis satu persembahan / sebuah persembahan satu karangan / sebuah karangan satu kebakaran / sebuah kebakaran sehelai tikar atau sebidang tikar
  1. Untuk makluman tuan/puan, tidak semua perkataan perlu dimasukkan penjodoh bilangan. Cadangan supaya perkataan majlis/persembahan/karangan/kebakaran digunakan tanpa dimasukkan bilangan atau penjodoh bilangan. Walau bagaimanapun, penggunaan bilangan dan penjodoh bilangan ini boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan bentuk ayat yang ingin digunakan.
  2. Jawapan yang betul ialah sehelai tikar.

Tatabahasa01.06.2023
Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baikKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Makna11.05.2007
Pada pendapat Tuan,cara mengajar orang menulis karangan atau berkongsi ilmu.Apakah kebaikan didapat oleh pelajar?Adakah karangan pelajar akan meningkatkan ya?Pengajaran kemahiran menulis karangan memberikan banyak kebaikan kepada pelajar. Antaranya ialah dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, dapat meningkatkan kemahiran dan teknik menulis karangan yang lebih baik, dapat memupuk minat dan kebolehan pelajar dalam penulisan dan meningkatkan kualiti penghasilan karangan yang baik. Oleh itu, dengan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik yang betul dan berkesan dalam penulisan karangan, pelajar akan menjadi lebih mudah untuk mengolah isi setiap perenggan dan dapat menghasilkan karangan yang baik.Lain-lain14.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas