Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ra.o.ké] | کاراءوکي

Definisi : (karaoké) satu bentuk hiburan yg membolehkan individu (kumpulan) me­nyanyikan lagu terpilih (di khalayak ter­tentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual; berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: pd malam itu kami ~ dgn beberapa orang teman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.o.ké] | کاراءوکي

Definisi : /karaoké/ satu bentuk hiburan yg membolehkan individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual. berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: Utk menghibur hati, mereka ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karaoke


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) WP Labuan atau W.P Labuan atau W.P. Labuan ? (2) Mengapakah Internet dieja dengan huruf besar? Kata nama khas atau akronim? (3) pertandingan karaoke atau pertandingan nyanyian karaoke?1. Penggunaan yang betul ialah WP Labuan
2. Ditulis dengan huruf besar kerana merupakan nama khas.
3. Penggunaan yang betul ialah Pertandingan Nyanyian
Tatabahasa01.10.2019
Adakah nama untuk papan iklan "PUSAT KARAOKE" boleh diguna pakai...? TK

PUSAT KARAOKE boleh digunakan untuk papan iklan.

Tatabahasa14.09.2011
A. Perkataan atau istilah bahasa Malaysia bagi perkara berikut? 1. Orang yang menentukan jangka waktu sesuatu sarikata dipaparkan atau jangka masa video? (English: Timer) 2. Proses penentuan jangka waktu di atas? (English: Timing) 3. Orang yang membetulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa? (English: Editor) 4. Orang yang menghasilkan gaya tulisan atau video? (English: Typesetter) 5. Proses penghasilan gaya tulisan di atas? (English: Typesetting) 6. Tulisan bergerak bersama lagu (bahasa Jepun: Karaoke) 7. Orang yang mencantumkan video asal, audio asal, dan sarikata yang dibuat sendiri serta penambahbaikan video menjadi satu 'file' video baharu yang boleh ditonton di komputer biasa? (English: Encoder) 8. Proses percantuman di atas? (English: Encoding) 9. Orang yang mencantumkan video, audio dan sarikata ke dalam 'file' berformat .mkv yang selalunya tidak dapat dimainkan dan tidak dapat ditonton di komputer biasa? (English: Muxer) 10. Proses percantuman di atas? (English: Muxing) 11. Orang yang memeriksa semula video yang telah siap di-'encode' untuk memastikan kualiti terjaga? (English: Quality Checker) 12. Proses pemeriksaan di atas? (English: Quality Checking) 13. Orang yang mengedarkan video tersebut? (English: Distributor) B. Adakah perkataan 'efek' betul dari segi bahasa Malaysia dengan maksud 'kesan khas'? Adakah terdapat istilah lain untuk 'efek' ataupun ia sebenarnya membawa maksud yang berbeza? (English: Effect)

(1)Timer-penjaga masa;(2)Timing–tempoh masa;(3)Editor-Editor;(4)Typesetter-pengatur huruf;(5)Typesetting-mengatur huruf; (6)Karaoke-karaoke; (7)Encoder-pengekod; (8) Encoding-pengekodan; (9) Muxer – pemultipleks; (10) Muxing-pemultipleksan; (11)Quality Checker – pemeriksa kualiti; (12)Quality Checking-memeriksa kualiti; (13) Distributor-Pengedar; (14)B. Effect-kesan; (15) Special effect – kesan khas.  

Istilah03.03.2014

Kembali ke atas