Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan istilah karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan membawa definisi yang hampir sama dengan caravan iaitu kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian. Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.
Thanks for clicking. That felt good.