Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bo.lik] | کربوليک

Definisi : (Kim); asid ~ asid yg digunakan utk membunuh kuman dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbolik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbolic acidasid karbolikKimiaForensikFormula kimia, C3H6O. Pepejal berhablur tanpa warna, larut sedikit dalam air, tetapi sangat larut dalam etanol. Asid karbolik dapat menghal ang dan membunuh kuman. Misalnya, larutan asid karbolik lemah (~ 1%) digunakan untuk membersih kan luka kecil atau untuk melegakan rasa gatal. Walau bagaimanapun, ia merupakan racun yang kuat kerana boleh terserap melalui kulit dan memusnahkan tisu. Jika teringes, ia boleh menekan saraf dan menyebab kan paru-paru dan pengaliran darah terhenti, serta boleh menyebabkan mati. Sinonim fenol.
carbolic acidasid karbolikKimiaTiadaTiada
carbolic acidasid karbolikPentadbiran PerniagaanTiadaberpaut dengan atom karbon, digunakan sebagai disinfektan dan anastetik setempat. Sinonim: fenol.
carbolic acidasid karbolikPerubatanTiadaberpaut dengan atom karbon, digunakan sebagai disinfektan dan anastetik setempat. Sinonim: fenol.
carbolic acidasid karbolikKimiaTiadaLihat fenol.
phenolfenolKimiaForensikLihat asid karbolik.
decarboxylationpendekarboksilanKimiaBiokimiaPenyingkiran satu molekul karbon dioksida daripada kumpulan karbolik sesuatu sebatian organik.
phenol poisoningkeracunan fenolKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada fenol (nama lain, asid karbolik), iaitu bahan kimia yang sangat beracun, dan boleh menyebabkan alkalosis pernafasan diikuti dengan asidosis. Tanda utama keracunan ialah muntah, pengsan, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan berpeluh dengan banyak, dahaga teramat, loya dan muntah, cirit-birit, sianosis akibat methemoglobinemia, hiperaktiviti, stupor, tekanan darah turun, hiperpnea, sakit abdomen, hemolisis, konvulsi, koma, dan edema pulmonari diikuti dengan pneumonia. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyerapan kulit atau membran mukus memberikan gejala sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah nekrosis membran mukus, edema serebrum, dan perubahan degelleratif dalam hati dan buah pinggang. Dos parah ialah 1 g, manakala dos maut ialah 46 �g/mL /mL - 130 �g/mL.
phenolsfenolKimiaTiada1. Kumpulan sebatian organik aromatik yang mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil, -OH, yang terikat pada kumpulan aril, dan mempunyai formula am R-OH (R ialah kumpulan aril). Fenol sifatnya berasid dan disediakan melalui pelakuran garam asid dulfonik dengan natrium hidroksida, diikuti dengan percampuran asid sulfurik. Fenol digunakan dalam pembuatan pewarna dan plastik tertentu. Misalnya, fenol, kreosol, dan xilenol. 2. Sebatian organik aromatik, formula C6H5OH takat lebur 43oC, takat didih 182oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, air dan alkali. Dalam industri, fenol disediakan secara pengoksidaan kumena. Sebatian ini digunakan untuk membuat resin epoksi, resin fenolik, bahan penyahjangkit, minyak wangi dan pencelup. Sin. asid karbolik, hidroksibenzena.

Kembali ke atas