Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bon] | کربون

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll; ~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat se­banyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menye­rap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyak­nya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip); mengkarbonkan 1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, proses kimia dsb; 2. menyalut sesuatu dgn karbon; pengkarbonan proses mengkarbonkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bon] | کربون

Definisi : ist unsur bukan logam yg terdapat dlm semua sebatian organik. ~ dioksida gas tidak berwarna dan tidak berbau yg terhasil drpd pembakaran bahan yg mengandungi karbon, mis arang batu, atau terhasil drpd tindak balas asid terhadap karbonat. Gas ini keluar dr paru-paru ketika kita menghembuskan nafas. Gas ini digunakan dlm alat pemadam api, sbg bahan penyejuk beku dll. ~ monoksida gas beracun yg terhasil apabila karbon dibakar (terdapat dlm gas yg keluar dr ekzos enjin petrol). ~ tetraklorida ist cecair tidak berwarna, mudah meruap dan beracun, digunakan sbg pelarut, bahan campuran penyejuk beku dll. mengkarbonkan 1 menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, pemanasan dsb. 2 menyalut sesuatu dgn karbon. pengkarbonan proses mengkarbonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kar.bon] | کربون

Definisi : ist cecair tidak berwarna, mudah meruap dan beracun, digunakan sbg pelarut, bahan campuran penyejuk beku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kar.bon] | کربون

Definisi : gas beracun yg terhasil apabila karbon dibakar (terdapat dlm gas yg keluar dr ekzos enjin petrol). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARBON

Karbon ialah salah satu daripada unsur kimia

yang sangat penting. Industri menggunakan

karbon dalam pelbagai produk dan semua benda

hidup berasaskan karbon.

UMUM 
KIMIA ORGANIK

Kimia organik ialah kajian tentang sebatian

yang mengandungi atom karbon. Atom karbon

adalah luar biasa kerana ia boleh membentuk

ikatan kimia dalam banyak cara yang berbeza,

dengan lain-lain atom karbon dan dengan lain-lain

unsur kimia. Hasilnya, banyak jenis sebatian yang

mengandungi karbon boleh wujud. Ahli sains telah

mengenal pasti beberapa juta sebatian organik.

UMUM 
KARBON HITAM

Karbon hitam lihat Karbon.

UMUM 
KARBON DISULFIDA

Karbon disulfida juga dikenali sebagai karbon

bisulfida, ialah cecair yang tidak berwarna,

beracun, dan sangat mudah terbakar. Formula

kimianya ialah CS2.

UMUM 
PENTARIKHAN RADIOKARBONKaedah menentukan usia bahan yang mengandungi karbon berasaskan kadar pereputan karbon C-14 dalam bahan tersebut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
KARBON TETRAKLORIDA

Karbon tetraklorida ialah cecair yang jernih,

tidak berwarna yang tidak terbakar. Industri

menggunakannya untuk melarutkan minyak dan

getah.

UMUM 
KARBON MONOKSIDA

Karbon monoksida ialah gas yang tidak

berwarna, tidak berbau, tidak berasa, dan sangat

beracun.

UMUM 
KARBON DIOKSIDA

Karbon dioksida ialah gas yang tidak berwarna

dan tidak berbau. Ia wujud dalam atmosfera

banyak planet termasuk atmosfera bumi.

UMUM 
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
KARBIDA

Karbida ialah sebatian kimia yang terdiri

daripada karbon dan logam. Besi karbida terdiri

daripada karbon dan logam besi.

UMUM 
1234

Kembali ke atas