Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bo.nat] | کربونت

Definisi : (Kim) sj garam drpd asid karbonik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bo.nat] | کربونت

Definisi : ist garam drpd asid karbonik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbonat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARBONAT

Karbonat ialah sebarang sebatian yang

mengandungi ion karbonat. Ion ialah atom atau

sekumpulan atom yang mempunyai cas elektrik.

Ion karbonat mempunyai dua cas negatif dan

mengandungi satu atom karbon dan tiga atom

oksigen.

UMUM 
KALSIUM KARBONAT

Kalsium karbonat ialah mineral berhablur,

berwarna putih. Formula kimia kalsium karbonat

ialah CaCO3.

UMUM 
DOLOMIT

Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber

utama magnesium yang diperoleh daripada

kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan

terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium

karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 .

UMUM 
ONIKS

Oniks ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada batu karbonat

berjalur dan juga akik, iaitu jenis kuarza berira

halus (lihat Akik).

UMUM 
SESIUM

Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna

keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium

karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak

dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air

mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan

Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun

1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg

mengasingkan logam tulen.

UMUM 
KALSIT

Kalsit adalah satu daripada mineral yang paling

banyak didapati di bumi. Ia adalah bentuk kalsium

karbonat yang paling stabil. Formula kimianya ialah

CaCO3.

UMUM 
MARMAR

Marmar ialah batuan yang banyak digunakan

dalam bangunan, tugu, dan seni arca. Marmar

mengandungi terutamanya kalsit atau dolomit, atau

campuran kedua-dua mineral karbonat ini.

UMUM 
AIR SADAH

Air sadah, air tanah yang mengandungi karbonat kalsium, magnesium dan mungkin juga ferum dalam bentuk larutan yang menyebabkan air sukar berbuih apabila dimasukkan sabun.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
STALAGMIT

Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul

dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.

Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang

menitis ke lantai dari dinding dan bumbung

sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,

iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air

memasuki persekitaran gua itu, air tersebut

kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan

kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang

berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu

yang terbalik.

UMUM 
BATU KAPUR

Batu kapur, sejenis batuan endapan kimia, yang terdiri daripada bahan karbonat iaitu mineral kalsit, CaCO­­3.  Batuan ini kira-kira 10% dari kesemua batuan endapan di dunia. 

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
12

Kembali ke atas