Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bo.nik] | کربونيک

Definisi : (Kim) mengandungi karbon; asid ~ asid lemak yg terbentuk apabila karbon dioksida dilarutkan dlm air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbonik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbonic anhydrasekarbonik anhidraseVeterinarPraklinikalEnzim yang memangkinkan tindak balas CO2 + H2O → H2CO3. Karbonik anhidrase mempunyai tujuh isoenzim. Kesemuanya ialah metaloprotein yang mengandungi zink. Enzim ini memainkan peranan dalam pernafasan dengan memudahkan pengangkutan karbon dioksida dari tisu ke paru-paru. Karbonik anhidrase wujud dalam pelbagai tisu termasuk sel parietal perut; sel duktus pankreas dan sel tubul ginjal. Enzim ini juga penting bagi menentukan kalsium mencukupi untuk pembentukan cangkerang telur unggas.
carbonickarbonikKimiaTiadaBerkaitan dengan karbon, asid karbonik atau karbon dioksida.
carbonic anhydrasekarbonik anhidraseKimiaTiadaEnzim yang memangkini penguraian asid karbonik kepada karbon dioksida dan air, ditemui dalam korpuskel darah merah, dan berfungsi sebagai mangkin.
carbonic anhydrase inhibitorperencat karbonik anhidraseFarmasiFarmakologiKelas drug diuretik yang merencatkan enzim karbonik anhidrase,iaitu sejenis enzimyang terlibat dalampenghasilan bikarbonat yang diperlukan oleh tisu-tisu siliari dalam mata bagi menghasilkan humor akueus. Perencatan enzim ini menyebabkan pengurangan pembentukan humor akueus pada tisu-tisu tersebut dansangat berguna dalam rawatan glaukoma. Kesan sampingannya ialah parestesia (kebas), peningkatan pengeluaran urin, batu karang, depresi dan anemia. Contoh drug ini ialah asetazolamida dan metazolamida.
carbonic anhydrase inhibitorperencat karbonik anhidrasePerubatanFarmakologi

Kumpulan ubat diuretik lemah yang bertindak dengan merencat enzim karbonik anhidrase. Perencatan enzim ini menyebabkan peningkatan pengeluaran urin dan pengurangan pembentukan humor akueus. Ia berguna dalam rawatan edema, glaukoma, mabuk gunung dan paralisis periodik keturunan. Antara kesan sampingannya ialah metabolik asidosis, pening dan paraestesia (kebas). Contoh ubat ialah Acetazolamide.

carbonic anhydrasekarbonik anhidraseKimiaBiokimiaEnzim yang terdapat di dalam sel darah merah dan berfungsi sebagai mangkin. Enzim ini dapat mengubah asid karbonik kepada air dan karbon dioksida.
carbonic anhydrasekarbonik anhidrasePerubatanTiadaTiada
carbonic anhydridekarbonik anhidridaKimiaTiadaTiada
carbonic acidasid karbonikFizikTiadaTiada
carbonic acidasid karbonikPertanianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas