Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.di.nal] | کردينل

Definisi : pendeta Roman Katolik yg terka­nan di bawah Paus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.di.nal] | کردينل

Definisi : ; nombor ~ (Mat) nombor yg menyatakan kuantiti mis 1, 2, 3... (lwn nombor ordinal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kardinal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG KARDINAL

Burung kardinal ialah sejenis burung yang biasa

didapati di seluruh bahagian timur Amerika Utara.

Ia juga dikenali sebagai redbird. Burung ini berukuran 18 sentimeter hingga 23

sentimeter panjang. Di kepalanya terdapat jambul

yang boleh ditegakkan untuk menakutkan musuh.

UMUM 
BUNGA KARDINAL

Bunga kardinal ialah sejenis tumbuhan yang

tinggi. Ia hidup di tanah yang basah atau lembap

di sepanjang mata air dan di padang rumput,

di kawasan paya dan di kawasan tepi jalan.

UMUM 
APONTE MARTINEZ, LUIS CARDINAL

Aponte Martinez, Luis Cardinal (1922– ),

ketua biskop San Juan, menjadi orang Puerto Rico

yang pertama menjadi kardinal Gereja Roman

Katolik. Pope Paul VI melantiknya menjadi kardinal

pada tahun 1973. Aponte Martinez lahir di Lajas,

Puerto Rico dan telah ditahbiskan sebagai paderi

pada tahun 1950. Pada tahun 1960, dia ditahbiskan

sebagai biskop dan menjadi pembantu biskop di

Ponce, Puerto Rico. Aponte Martinez diberi nama

sempena dengan nama ketua biskop San Juan pada

tahun 1964.

UMUM 
MAZARIN, JULES CARDINAL

Mazarin, Jules Cardinal (1602–1661) ialah

negarawan Perancis dan kardinal Gereja Roman

Katolik.

UMUM 
NICHOLAS II

Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus

pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana

muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang

memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus.

Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang

menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya

akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian

semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya

bermakna menerima, calon yang dicadangkan.

UMUM 
PRELATE

Prelate ialah gelaran pegawai yang berpangkat

tinggi di gereja. Bagi Gereja England, prelate ialah

biskop dan ketua biskop. Bagi Gereja Roman

Katolik, istilah prelate juga bermakna paus,

kardinal, dan ketua rahib dan pegawai biara yang

lain, di samping prelate kehormat.

UMUM 
ALEXANDER III

Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus

pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I,

menyokong seorang antipaus yang bernama Victor

IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal.

Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus

menyebabkan perpecahan antara golongan paus

yang membawa kepada terpilihnya tempat

golongan antipaus di sepanjang pemerintahan

Alexander.

UMUM 
MONSIGNOR

Monsignor ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada golongan paderi dari Gereja

Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Itali monsignore yang bermakna My

Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal

tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua

(patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang

terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini.

Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop

dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your

Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop

boleh juga dipanggil “Your Grace”.

UMUM 

Kembali ke atas