Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.go] | کرݢو

Definisi : barang-barang yg dibawa (diangkut) oleh kapal laut (kapal terbang atau kenderaan lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.go] | کرݢو

Definisi : barang dagangan yg dibawa dgn kapal dll: kapal ~ kapal yg membawa barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kargo (kata kerja,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan barang, barangan, muatan, beban, kandungan, dagangan, jualan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGANGKUTAN KARGOKonsep pengangkutan barang/kargo.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
KULTUS KARGO

Kultus kargo ialah nama yang diberi kepada

kebanyakan kultus keagamaan yang terdahulu dan

yang tidak kekal lama di New Guinea dan bahagian

timur melalui Melanesia hingga ke Fiji.

UMUM 
KAPAL TANGKI

Kapal tangki ialah kapal yang dicipta khas untuk

membawa kargo cecair. Kebanyakan kapal tangki

membawa petroleum tetapi ada juga yang

membawa barangan seperti molases, wain, bahan

kimia, batu arang, bijirin, dan bijih besi.

UMUM 
SALVAJ

Salvaj ialah wang atau barangan yang dibayar

kepada sesiapa yang menyelamatkan kapal atau

kargo yang ditinggalkan di laut. Bantuan yang

diberikan kepada kapal yang berada dalam

keadaan kecemasan atau bahaya dikenali sebagai

perkhidmatan salvaj. Salvaj dibenarkan bagi

tindakan yang dilakukan di laut lepas tetapi di

sesetengah negara, mahkamah juga membenarkan

salvaj kerana menyelamatkan barangan, kapal, atau

hidupan di perairan pedalaman.

UMUM 
SYARIKAT PENERBANGAN

Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi

yang mengendalikan pesawat udara yang membawa

penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket

penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau

kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik

syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia.

UMUM 
PERAMPASAN

Perampasan adalah melibatkan rampasan

kenderaan komersial secara paksaan atau melalui

ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering

dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini,

perampasan banyak melibatkan kapal terbang

utama yang juga dikenali sebagai perampasan

kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir

tahun 1960-an perampas kapal terbang telah

merampas beberapa ratus kapal terbang.

Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian.

Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang

yang melibatkan penumpang terbunuh dan

kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara

mengenakan denda yang tegas kepada perampas

kapal terbang.

UMUM 
SUNGAI OHIO

Sungai Ohio ialah sungai yang kedua paling

banyak digunakan untuk tujuan komersial di Amerika

Syarikat. Hanya Sungai Mississippi mempunyai lebih

banyak kapal kargo yang melayarinya. Sungai Ohio

mengalir sejauh 1579 kilometer melalui beberapa

kawasan industri yang paling sibuk dan tanah ladang

yang paling subur di negeri itu. Ia memberi

perkhidmatan kepada lombong batu arang dan

kawasan pengeluar keluli yang utama.

UMUM 
ANGKATAN LAUT SAUDAGAR

Angkatan laut saudagar atau saudagar

marin ialah angkatan laut yang terdiri daripada

kapal perdagangan dan kakitangan lelaki dan

wanita yang mengendalikannya. Angkatan ini

merangkumi kapal kargo dan kapal penumpang.

UMUM 
MANILA

Manila ialah ibu negara dan bandar raya

yang terbesar di Filipina. Bandar ini juga ialah

pusat ekonomi, politik, sosial dan pendidikan

negara selain daripada menjadi pelabuhan utama

antarabangsa untuk kargo dan pelancong.

UMUM 
SAINT JOHN'S

Saint John’s ialah ibu negara pulau Antigua dan

Barbuda. Bandar ini terletak di penjuru barat laut

Antigua. Penduduknya berjumlah 36 000 orang,

kira-kira separuh penduduk kepulauan tersebut.

Pelabuhannya digunakan oleh kapal persiaran dan

pengangkutan kargo. Pelabuhan air dalam yang

utama mempunyai selat sepanjang 2438 meter dan

selebar 91 meter.

UMUM 
12

Kembali ke atas