Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kari;

Puisi
 

Buah berangan dimasak kari,
     Mari masak bersama lada;
Sapu tangan campak ke mari,
     Untuk menyapu air mata.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ada kemuskilan mengenai ayam kari dan kari ayam.. adakah penggunaan ini boleh digunakan seperti saya makan kari ayam. kakak saya masak ayam kari ?adakah penggunaan ayat ini betulMengikut Hukum D - M, kari ayam. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ayam (bukan kari ikan).Tatabahasa01.08.2013
yang mana satu yang betul. ayam kari/ kari ayam rendang ayam/ayam rendang tolong beri penerangan dengan jelas. susah nak terangkan pada pelajarMengikut hukum D-M,iaitu yang menerangkan dan yang diterangkan, yang betul ialah kari ayam, rendang ayam. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 354-355.Tatabahasa04.09.2007
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari?Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.Lain-lain29.11.2015
ayam kari atau kari ayam? alasannya. TQ

Saudara/Saudari,

Mengikut Hukum D-M, iaitu diterangkan dan menerangkan. Diterangkan, merupakan unsur inti - dalam hal ini jenis masakan, iaitu kari; manakala menerangkan, merupakan unsur penerang kepada jenis masakan, iaitu ayam. Frasa yang betul ialah ... makan kari ayam.

Tatabahasa04.09.2012
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'?1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan.

2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 

3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 

4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansor, kedua-dua bentuk frasa ini betul. 
Tatabahasa11.09.2015
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan serta pengesahan berkenaan ejaan seperti berikut: 1. Murtabak atau Martabak 2. Kari Devil atau Kari DebalEjaan yang betul ialah “martabak”. Manakala bagi ejaan “Kari Devil” atau “Kari Debal”, lazimnya ditulis atau disebut dengan ejaan “Kari Debal” mengikut ejaan asal masyarakat Serani.  Ejaan11.06.2020
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan hukum D-M dalam nama makanan. Yang mana satukah yang benar? Rendang ayam atau ayam rendang? Kari ayam atau ayam kari? Ungkep ayam atau ayam ungkep? Ayam kicap atau kicap ayam? Saya selalu mendengar ayam rendang dan rendang ayam dan kedua-duanya membawa maksud sama, kari ayam, jarang mendengar ayam kari, ungkep ayam dan jarang sekali ayam ungkep dan ayam kicap dan tidak pernah terdengar pula kicap ayam. Diminta untuk jelaskan.Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu,  kari, rendang  ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam, daging, kerang ialah unsur penerang (jenis masakan), maka nama menu yang terhasil ialah kari ayam, kari daging, rendang ayam, rendang daging, rendang kerang.  Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). Tatabahasa29.12.2017
Keraguan dalam Hukum DM. Manakah yang betul? 1. ( pelindung skrin / skrin pelindung telefon) 2. ( kari ayam / ayam kari )Mengikut Hukum D-M, : Istilah yang betul ialah 1. "skrin pelindung telefon" 2. kari ayamTatabahasa28.02.2015
Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. - ayat aktif Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak. - ayat pasif betul ke ayat pasif di atas?Penggunaan ayat pasif yang betul ialah Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh ibu. Tatabahasa08.05.2020
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih.

Gina,

Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa06.07.2010
123

Kembali ke atas