Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ris] | کاريس

Definisi : (karis) kerosakan atau keadaan busuk pd gigi dan tulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ris] | کاريس

Definisi : /karis/, = ~ gigi kerosakan atau kereputan gigi yg disebabkan oleh sj bakteria yg khususnya melekat pd gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karies


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
residual carieskaries sisaPergigianTiadaKaries yang masih tertinggal akibat pembuangan karies yang tidak sempurna. Karies ini mungkin membentuk karies terkawal atau akan menjadi karies berulang pada masa hadapan. Lihat juga karies terkawal, karies berulang.
carious pulp exposurependedahan pulpa berkariesPergigianTiadaPendedahan pulpa akibat kemusnahan enamel dan dentin oleh karies. Karies yang telah merebak ke bahagian pulpa akan menyebabkan tisu pulpa terdedah kepada pencemaran bakteria di persekitaran mulut. Jika pendedahan tidak dirawat, tisu pulpa akan menjadi nekrosis.
caries incidenceinsidens kariesPerubatanTiadaKadar kejadian karies, iaitu bilangan karies baru dalam satu jangka masa.
arrested carieskaries terkawalPergigianTiadaLesi karies yang tidak aktif disebabkan terputusnya salah satu daripada punca rangsangan pembentukan karies seperti ketiadaan mikroorganisma atau kekurangan substrat. Dentin reparatif (dentin tertier) akan terbentuk di kawasan karies yang terkawal dan biasanya keras dan kelihatan kehitaman.
nursing bottle carieskaries botol susuanPergigianTiadaKejadian karies yang meluas pada gigi kanak-kanak termasuk kawasan yang jarang berkaries disebabkan pemberian minuman bergula dalam botol. Pemberian ini untuk menenangkan atau menidurkan kanak-kanak dengan membiarkan botol susu di dalam mulutnya. Kejadian ini juga boleh dikaitkan dengan pemberian makanan atau minuman bergula yang berlebihan. Jenis rawatan yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut dan juga status kedalaman karies tersebut. Karies botol susuan mungkin memerlukan cabutan keseluruhan gigi yang terlibat jika terlampau dalam. Sekiranya masih boleh diselamatkan, rawatan kecemasan berbentuk pengekskavatan karies dan tampalan sementara boleh dijalankan. Sinonim karies rampan
incipient carieskaries insipienPergigianTiadaKaries di peringkat awal yang melibatkan enamel. Ia kelihatan sebagai tompok putih dan dapat dilihat jika gigi dikeringkan. Tompok putih ini disebabkan dimineralisasi enamel. Karies ini dapat dilihat sebagai kawasan radiolusen yang pudar. Proses remineralisasi boleh berlaku pada karies ini jika tindakan pencegahan dan penjagaan kesihatan mulut dipertingkatkan.
removal of cariespembuangan kariesPergigianTiadaKaedah rawatan membuang karies yang dilakukan secara mekanikal dengan menggunakan alat tangan seperti pengekskavat atau bur bulat. Pembuangan karies ini harus dilakukan secara keseluruhan dalam kaviti, kecuali di dinding aksial dan lantai pulpa yang berdekatan dengan pulpa bagi mengelak pendedahan langsung pulpa. Kaedah ini merupakan salah satu langkah yang penting dalam peringkat penyediaan kaviti. Terdapat bahan kimia yang boleh digunakan bagi membantu mengesan karies untuk memudahkan pembuangannya.
internal carieskaries internalPerubatanTiadaKaries yang berkembang dari hubungan dentin dan enamel ke arah enamel. Sinonim: karies ke belakang.
penetrating carieskaries pantakanPergigianTiadaSejenis karies yang menerobos ke dalam ke arah dentin dan pulpa. Karies jenis ini akan membentuk liang-liang yang kecil tetapi dalam.
chemoparasitic theoryteori kemoparasitikPerubatanTiadaTeori etiologi karies yang menyatakan karies adalah proses kimia paresis dua peringkat. Peringkat pertama ialah pengekalsifikasian enamel dan peringkat kedua ialah pendekalsifikasian dentin. Sinonim: teori sidongenik.
12345678910...

Kembali ke atas