Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ri.pap] | کاريڤڤ

Definisi : sj kuih yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum dan intinya drpd ubi kentang dan daging yg bercampur rempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ri.pap] | کاريڤڤ

Definisi : kuih yg intinya pedas (dibuat drpd kentang atau keledek dsb yg bercampur rempah) dan kulitnya dibuat drpd tepung gandum yg biasanya dibancuh dgn santan, marjerin dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karipap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih!

Encik Azfar,

Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut:

karipap kentang   : currypuff with potato filling

karipap sardin      : currypuff with sardine filling

koci pandan         : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling

koci labu              : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling

lopes pandan        : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve

                               with a kind of brown sugar

pisang goreng      : banana fritters

 

 

Tatabahasa18.05.2010
Apakah simpulan bahasa yang betul sebiji karipap atau seketul karipapYang betul ialah sebiji karipap.Lain-lain17.11.2011
Kuih spera atau kuih karipap inti kelapa atau kuih karipap inti serunding kelapa. Mana sebutan sebenar untuk produk ini. Terima kasih

Sebutan yang betul ialah “kuih sepera”, “kuih karipap berintikan kelapa” dan “kuih karipap berintikan serunding kelapa”.

Lain-lain17.08.2023
Karipap dan popia kata nama am atau khas?Perkataan popia dan karipap ialah kata nama am.Ejaan20.06.2015
Salam sejahtera, 1. Apakah penjodoh bilangan bagi karipap? (seketul / sekeping / sebiji/) Terima kasih.Yang betul ialah sebiji karipap.Lain-lain08.08.2019
Adakah ayat-ayat di bawah betul dan tepat? (a) Karipap itu sudah cepat dimakan oleh adik. (b) Kelembutan gadis itu memikat hati abang.Ayat yang betul: (a) Karipap itu dimakan dengan cepat oleh adik. (b) Betul.Tatabahasa12.12.2015
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang makna perkataan "epok-epok". Menurut Kamus Dewan edisi keempat, epok-epok bermaksud sejenis kuih yang berintikan sayur. Namun begitu, apabila saya cuba mencari maklumat dan gambar "epok-epok" daripada Internet, saya mendapati bahawa epok-epok seolah-olah merujuk kepada karipap. Hal ini membuat saya keliru. Adakah "epok-epok" merujuk kepada karipap? Jika benar begitu, mengapakah makna yang diberi ialah kuih yang berintikan sayur padahal karipap tidak semestinya berintikan sayur. Saya berharap pihak dbp dapat membantu saya. Terima kasihDalam Kamus Dewan epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur dan berdasarkan dapatan saudara daripada Internet bentuk epok-epok sama seperti karipap. Hal ini berkemungkinan epok-epok dibuat dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk seperti karipap tetapi berintikan sayur. Makna24.10.2011
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih.1. Sebuah pasu bunga.
2. Seutas jam tangan
3. Sebiji karipap
4. Bergantung pada keadaan.
5. Bergantung pada keadaan.
6. Sebatang lampu
7. Sebiji mentol
8. Sebiji batu
9. Sebuah baldi
10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung
Lain-lain10.02.2017
Apakah terjemahan yang betul bagi Kaya Puff?Cadangan terjemahan bagi 'Kaya Puff' ialah karipapMakna08.12.2021
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Peluang pekerjaan sentiasa (buka) luas kepada penganggur. (b) Karipap itu sudah (cerah) dimakan oleh adik. (c) Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan (cerah) kehidupannya. (d) (Lembut) gadis itu memikat hati abang. (e) Suasana pagi itu sungguh (lembut) dan damai. (f) Layang-layang yang ditiup angin itu telah (jalan) dengan pantas ke udara. (g) Taman sains itu telah mendapat (jalan) daripada Guru Besar supaya diteruskan. (h) Hatinya menjadi (buku) apabila mendapat tahu berita itu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
12

Kembali ke atas