Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ris.ma.tik] | کاريسماتيک

Definisi : berkarisma,menunjukkan karisma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karismatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authorityautoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang dimiliki oleh seseorang, organisasi atau pihak tertentu dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan kepadanya secara sah. Dengan kuasa ini, ia mempunyai hak dan keupayaan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Autoriti tidak memerlukan kerasionalan dalam tindakannya, sebaliknya lebih mementingkan atau memerlukan sumber yang sah bagi tindakan yang dilakukan. Dalam konteks sosiologi pula, autoriti merujuk kepada gabungan beberapa bentuk kuasa seperti autoriti tradisional iaitu raja atau sultan, autoriti karismatik iaitu sifat kepimpinan yang hebat dan secara semula jadi yang dimiliki oleh seseorang individu tertentu seperti Soekarno dari Indonesia, dan juga autoriti rasional legal iaitu autoriti yang berasaskan kepada sumber undang-undang bertulis seperti polis yang mempunyai kuasa dalam mengawal ketenteraman awam. Sinonim kewibawaan.
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.
leadership stylegaya kepemimpinanPentadbiranTiada

Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempengaruhi pengurusan organisasi, pembuatan keputusan, perubahan terancang dan kaedah pembangunan. Gaya kepemimpinan juga dapat melambangkan sifat keterbukaan atau penguasaan pemimpin terhadap organisasinya.

Kembali ke atas