Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ni.vor] | کرنيۏور

Definisi : (Bio) haiwan (spt harimau) yg me­makan daging sbg sumber makanan utama­nya, maging. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.ni.vor] | کرنيۏور

Definisi : , = haiwan ~ ist haiwan yg memakan daging (daging merupakan makanan utamanya); maging. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karnivor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARNIVOR

Karnivor ialah haiwan yang memakan daging.

Kebanyakan haiwan ini memakan herbivor (haiwan

yang memakan tumbuhan). Oleh itu, karnivor

membantu mengawal bilangan herbivor dan

mengekalkan keseimbangan alam semula jadi.

UMUM 
IKAN SINAR-XIkan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup
di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk
di perairan yang agak masin.
UMUMUmum
ALLOSAURUS

Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang

hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu.

Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika

Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih

kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua

meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya

lebih kurang 1.8 tan metrik.

UMUM 
OMNIVOR

Omnivor ialah haiwan yang memakan haiwan

dan tumbuh-tumbuhan. Beruang, tikus, dan

rubah merah ialah contoh omnivor. Lihat juga

Herbivor; Karnivor.

UMUM 
PERANGKAP LALAT VENUS

Perangkap lalat Venus ialah tumbuhan yang

terdapat di satu kawasan kecil di kawasan pantai

Carolina Utara dan Carolina Selatan, Amerika

Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Dionaea.

Tumbuhan ini memerangkap serangga dalam

daunnya, dan menghadamnya. Oleh kerana tabiat

ini, ia dikenali sebagai tumbuhan karnivor .

Perangkap lalat Venus tumbuh di rawa yang

tanahnya kurang oksigen. Serangga adalah ganti

nitrogen dalam diet tumbuhan ini. Ia tumbuh

subur di tempat yang lembap tetapi memerlukan

sinar matahari.

UMUM 

Kembali ke atas