Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (karpét) ambal, permaidani; berkarpet berambal, berpermaidani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karpet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi permaidani/karpet? Adakah bidang, helai, hampar atau gulung? Terima kasih

Tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan kerana penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda, konteks penggunaan dan kesesuaian dalam ayat.  Contohnya, jika permaidani tersebut dalam bentuk gulungan, penjodoh bilangannya ialah segulung permaidani.

Tatabahasa09.06.2021
Salam, tolong berikan padanan Bahasa Inggeris bagi istilah 'action back' untuk jenis lapik belakang karpet. Saya turut sertakan gambar berkenaan. Terima KasihMerujuk kamus dalam bidang kesenian, maksud action back ialah lelipat aksi belakangMakna16.10.2017
Salaam. Apakah ada terma khas untuk "soft furnishing"? Jika dialih bahasa secara literal, soft furnishing bermaksud perabot lembut iaitu maksudnya kurang tepat. Soft Furnishing biasanya merujuk kepada barangan di dalam rumah seperti karpet, bantal, langsir, kelambu, alas kaki, alas kerusi & meja, dan sebagainya. Biasanya soft furnishing di perbuat dari benang, kapas, sutera dan sebagainya. Soalan saya, apakah terma yang sesuai dalam bahasa melayu yang merujuk kepada "soft furnishing"? Kerana menggunakan terma soft furnishing lebih tepat berbanding "perabot lembut" Terima kasih atas bantuan.Kami mencadangkan padanan untuk perkataan soft furnishing ialah hiasan rumah atau kelengkapan rumah.

Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hendak memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan padanan kata Melayu dengan bahasa asing, tuan boleh layari laman web Gerbang Kata DBP dan membuat pendaftaran kata pada bahagian Saran Kata.

http://ekamus.dbp.gov.my/
http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx
Makna25.03.2021

Kembali ke atas