Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (karpét) ambal, permaidani; berkarpet berambal, berpermaidani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karpet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyesterpoliesterKesenianHiasan DalamanSerat yang dihasilkan daripada polimer tiruan berbentuk termoplastik, yang digunakan pada sebahagian serat karpet. Karpet dalam bentuk poliester ialah serat, dan yan pintal. Poliester untuk karpet dihasilkan daripada asid tereftalik dan etilena glikol. Poliester ini memiliki kilauan cahaya serta warna yang menarik, tahan geseran, mempunyai daya pemulihan tinggi dan kebingkasan tekstur. Poliester mudah diselenggarakan dan dibersihkan.
plush finishingpenyudah mewahKesenianHiasan DalamanPemotongan tertentu yang kelihatan sama paras dan rata yang dapat dilihat secara minimum. Biasanya menimbulkan sifat mewah untuk menggambarkan penyudah seperti pada karpet. Karpet yang dihasilkan daripada yarn yang dipintal mengikut proses tanpa pemanasan. Perapian karpet dilakukan dengan cara menggunting dan memberus.
pills testujian gumpalKesenianHiasan DalamanKaedah ujian untuk mengukur daya tahan karpet terhadap bahan bakar. Daya tahan karpet diukur dengan melihat saiz karpet yang terbakar menggunakan metenamina di permukaan karpet. Ujian ini juga digunakan di belakang karpet. Ujian gumpal tertakluk kepada piawaian antarabangsa.
carpet cushionkusyen karpetKesenianHiasan DalamanKusyen yang diletakkan di bawah kepingan karpet untuk tujuan kelembutan dan keselesaan ketika berjalan di atas permukaan karpet, di samping dapat menjaga ketahanan karpet.
fusion bonded carpetkarpet cantuman ikatanKesenianHiasan DalamanKarpet yang dihasilkan dengan jumbai bulu yang disemat ke dalam campuran cecair vinil. Komponen ini bersatu untuk menghasilkan karpet yang mempunyai permukaan belakang vinil yang kedap. Tujuannya adalah untuk menghasilkan jumbai yang kuat ikatannya, yang sesuai untuk pembuatan karpet jenis pail potong.
carpet tilesjubin karpetKesenianHiasan DalamanKepingan karpet berbentuk segi empat berukuran kecil seperti jubin yang dilekatkan pada permukaan lantai secara kepingan 12 x 12 (300 mm x 300 mm) hingga 24 x 24(600 mm x 600 mm). Jubin karpet menjadi semakin digemari kerana reka bentuk tekstur permukaan dan warnanya memudahkan corak dibentuk. Antara kelebihan menggunakan jubin karpet dalah mudah diselenggara.
pile settingpenegak pailKesenianHiasan DalamanMesin yang digunakan oleh pencuci karpet untuk mencuci karpet semasa proses menegak dan meratakan benang permaidani yang basah dengan berus dan syampu khas.
fillerpengisiKesenianHiasan DalamanBahan yang digunakan seperti getah, plastik atau polimer. Karpet berlamina bergetah yang mempunyai jumlah pengisi yang banyak. Pengisi yang biasa terdapat dalam getah karpet terdiri daripada tepung kalsium karbonat atau lebih dikenali sebagai pemutih, yang dihasilkan daripada batu kapur yang dicanai.
fastnesstahan lunturKesenianHiasan DalamanPengekalan warna pada karpet atau bahan lain. Ketahanan biasanya merujuk kepada kesan dedahan pada sesuatu dalam keadaan tertentu. Contohnya, peralatan mewarna, fiber, jenis dan kaedah pewarnaan yang dilakukan biasanya memberikan kesan kepada keupayaan warna pada karpet dan fabrik untuk terus bertahan.
fiber cushionkusyen seratKesenianHiasan DalamanKusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan.
123

Kembali ke atas