Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.si.no.gé.nik] | کرسينوݢينيک

Definisi : (karsinogénik) (Ubat) cende­rung menyebabkan berlakunya kanser (bkn sesuatu bahan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karsinogenik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carcinogenickarsinogenikMakanan dan PemakananPemakananBahan yang menjadi penyebab kanser. Contoh bahan karsinogenik seperti logam berat, tembakau, dan asbestos.
carcinogenickarsinogenikBiologiEkologiBerkaitan dengan bahan yang boleh menyebabkan kanser. Misalnya, debu asbestos.
carsinogenicKarsinogenikPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu bahan yang boleh menyebabkan terjadinya kanser.
carsinogenic agentbahan karsinogenikBiologiEkologiBahan yang dapat mengakibatkan kanser, seperti debu asbestos dan nikotina.
polychlorinated biphenyl (PCB)bifenil berpoliklorinKejuruteraanTiadaKelas bahan kimia organoklorin yang mempunyai dua cecincin fenil berklorin. Bahan ini kurang digunakan kerana didapati bersifat toksik dan karsinogenik.
hydrocarbonhidrokarbonBiologiEkologiSebatian organik yang hanya mengandungi karbon dan hidrogen, tetapi terdapat dalam berbagai-bagai kombinasi. Hidrokarbon dihasilkan, terutama olah bahan api fosil. Sesetengah hidrokarbon merupakan bahan pencemaran yang utama, sesetengah pula mungkin karsinogenik dan yang lain pula boleh menyebabkan kabut fotokimia.
benzidine colour testujian warna benzidinaSains ForensikTiadaUjian yang digunakan untuk mengesan kehadiran darah menggunakan larutan benzidina, natrium peroksida dan asid asetik glasial bagi menghasilkan warna biru. Walau bagaimanapun, ujian ini tidak lagi popular digunakan kerana benzidina adalah karsinogenik.
dichloroethylene poisoningkeracunan dikloroetilenaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada I,I-dikloroetilena atau 1,2-dikloroetilena. Sebatian I,I-dikloroetilena merengsakan membran mukus, kulit, paru-paru, dan kornea, serta menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, dan menjejaskan sistem saraf pusat. I, l-dikloroetilena digunakan sebagai bahan perantara dalam pembuatan plastik. Bahan ini juga bersifat karsinogenik. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 10 ppm dan dos parah (LD50) ialah 5750 mg/kg. Sebatian 1, 2-dikloroetilena pula merengsakan membran mukus, kulit, paruparu dan kornea, dan memberi kesan pada sistem saraf pusat. Bahan ini digunakan sebagai pelarut lemak, fenol, kamfor dan sebagainya. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 200 ppm dan dos parah ialah 770 mg/kg.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.

Kembali ke atas