Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.tun] | کرتون

Definisi : 1. = gambar ~ lukisan yg mengisahkan sesuatu (spt hal sehari-hari, hal politik, dll) dgn cara berjenaka; 2. filem yg dibuat drpd rentetan lukisan (yg menjadi watak cerita). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.tun] | کرتون

Definisi : 1 lukisan yg menceritakan perkara sehari-hari (hal politik dll) secara berjenaka. 2 filem (wayang gambar) yg dibuat drpd beberapa banyak lukisan yg bersambung-sambung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kartun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ketiga-tiga ayat ini boleh diterima? 1)Adik menonton kartun. 2) Adik menonton animasi kartun. 3) Adik menonton rancangan kartun.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa13.09.2023
apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat ini? Ilustrasi kartun yang dihasil oleh Encik Khir sungguh baik sekali.Ilustrasi kartun yang dihasil oleh Encik Khir sungguh baik sekali. Kata penguat sungguh tidakperlu diakhiri dengan sekali, oleh itu memadai - Ilustrasi kartun yang dihasil oleh Encik Khir sungguh baik.Tatabahasa08.07.2008
sila beri maklumat tentang budi bahasa dan aplikasi dalam masyarakat(intraksi masyarakat).berikan contoh-contohnya dalam bentuk gambaran kartun atau pun artikel.Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Makna19.08.2006
Apa panduan sekiranya saya ingin menjadikan suatu kata nama yang tidak biasa dijadikan kata kerja sebagai kata kerja. Contoh: tasawuf - mentasawufkan bakul sampah -membakulsampahkan Facebook- berfacebook ekonomi- mengekonomikan kartun-mengkartunkan kambing hitam-mengkambinghitamkan bolehkah sembarangan sahaja atau tidak boleh langsung? mohon tunjuk ajar. Terima kasihUntuk pembentukan kata, tuan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama selain daripada Kamus Dewan. Di dalam buku Tatabahasa Dewan, terdapat proses pembentukan kata yang boleh dijadikan pamduan menerbitkan kata baharu.Tatabahasa14.11.2013
Assalamualaikum WBT, Bagaimanakah untuk mengeja ungkapan seperti "yeah" yang seerti dengan "yahoo" (dalam bahasa Inggeris) dalam bahasa Melayu? Adakah yei sebagaimana "hey" dalam bahasa Inggeris menjadi hei dalam bahasa Melayu? "Yeah" di sini ialah ungkapan apabila teruja memperoleh sesuatu dan seumpamanya, dan digunakan dalam dialog atau buku kartun kanak-kanak. Sekian, terima kasih.Contoh ungkapan yang dinyatakan ialah kata seruan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Ungkapan yeah ialah bahasa percakapan bagi perkataan ya, manakala ungkapan lain seperti yahoo dan yei ialah kata seru bagi menggambarkan perasaan gembira. Dalam bahasa Melayu ungkapan bagi menzahirkan perasaan gembira kata seru hore digunakan.Istilah01.06.2012
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu.  Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya.Istilah01.10.2012

Kembali ke atas