Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rung] | کاروڠ

Definisi : sumpit besar drpd kain yg kasar dan agak tebal; berkarung-karung beberapa karung (sbg ukuran banyaknya sesuatu): beras diangkut orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rung] | کاروڠ

Definisi : sumpit besar yg dibuat drpd guni dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karung (kata nama)
Bersinonim dengan sumpit, buntil, guni, pundi-pundi, sampul, kantung.,

Puisi
 

Bunga raya merah menyala,
     Bunga lebih diisi karung;
Abang kaya bertambah kaya,
     Hamba miskin dibawa untung.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail." Ayat ini bukan lebih sesuai guna perkataan"dari"?Kenapa kena guna "daripada"?Kata sendi nama daripada digunakan kerana merujuk sumber buah durian tersebut diperoleh dan bukannya merujuk tempat secara fizikal.Tatabahasa03.07.2012
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail.
2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
Tatabahasa29.06.2012
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "Sachet". Adakah Peket atau uncang. Terima kasihPadanan yang tepat bagi perkataan "sachet" ialah "uncang", iaitu sejenis pundi-pundi kecil atau karung yang biasanya diperbuat daripada kain dan digunakan untuk mengisi barang-barang yang dibawa. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)Makna23.12.2020

Kembali ke atas