Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti biawak,
     masakan hilang kesatnya.

Bermaksud :

Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
coarseadj 1. rough-textured, not fine, kasar: the ~ skin of her hands, kulit tangannya yg kasar; curtains made of ~ fabric, langsir yg dibuat drpd kain yg kasar; his moustache was ~ and black, misainya kasar dan hitam; ~ sugar, gula kasar; 2. (of food) common, plain, biasa: ~ wine, wain biasa; 3. unrefined, kasar: his ~ manner put me off, gayanya yg kasar membuat saya berasa meluat; 4. indelicate, crude, kasar; (of language, words) kasar, kesat: his jokes are always ~, jenakanya selalunya kasar; your ~ remarks offended some of the guests, kata-katamu yg kesat itu menyakiti hati sesetengah tamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coarse-grainedadj 1. berira kasar; (of powderlike substance) berbutir kasar: ~ leather, kulit berira kasar; 2. (fig.) kasar: ~ fellow, orang yg kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roughin ~, secara kasar: draw the plan in ~ first, lukiskan pelan itu secara kasar dulu; in the ~, dlm keadaan kasar: he could only show me the design in the ~, dia hanya dapat menunjukkan lukisan reka bentuk itu dlm keadaan kasar kpd saya; take the ~ with the smooth, menerima baik buruknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crudenessn quality of being, a. (roughly made) kasar buatannya: the ~ of the drawings, lukisan-lukisan yg kasar buatannya; b. (simple and rough) kekasaran, kasar buatannya: the ~ of the workmanship, kerja tangan yg kasar buatannya; the ~ of his ways, caranya yg kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grossadj 1. total, whole, without deduction, kasar: the ~ weight, berat kasar; ~ income, pendapatan kasar; 2. (esp leg.) flagrant, glaring, melampau: ~ injustice, ketidakadilan yg melampau; the driver was charged with ~ negligence, pemandu itu didakwa krn kecuaian yg melampau; a ~ error, kesilapan yg melampau; 3. (of person) obese, terlampau gemuk, gemuk /gedempong, gedempol/; 4. vulgar, coarse, kasar: she found his ~ jokes repulsive, dia mendapati jenaka kasar lelaki itu menjijikkan; 5. unpleasant, offensive, hodoh: ~ statues of animals stand guard over the entrance, arca-arca binatang yg hodoh berdiri di pintu masuk seolah-olah menjadi pengawal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roughthe boy is very ~ with his toys, budak lelaki itu sangat kasar thdp mainannya; ~ handling of the suitcase, beg pakaian yg dikendalikan dgn kasar; 6. harsh a. (of wine) keras; b. (of voice) kasar; c. (of words) kesat, kasar; 7. made or done hastily, kasar: can you give me a ~ estimate of the costs?, boleh kamu beri saya anggaran kasar kosnya?; he has written the ~ draft of his speech, dia telah menulis draf kasar ucapannya; 8. (colloq) unwell, tak sihat: I’m feeling a bit ~. I’d like to rest, saya rasa tak sihat. Saya nak berehat; 9. disorderly, seedy,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncouthadj kasar: his manners were rather ~, perangainya agak kasar; an ~ soldier, askar yg kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crucifycrude adj 1. in the raw state, mentah; (of salt) kasar: ~ opium, candu mentah; ~ rubber, getah mentah; 2. roughly made, a. (of furniture, bomb, etc) kasar buatannya: a ~, lopsided table, meja yg kasar buatannya dan tinggi sebelah; b. (of drawing, draft, etc) kasar: ~ sketches, lakaran kasar; ~ estimate, anggaran kasar; 3. simple and rough, kasar: his ~ manners, caranya yg kasar; ~ method of punishment, cara menghukum yg kasar; 4. vulgar, tdk sopan: ~ jokes, gurauan yg tdk sopan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roughlyadv 1. harshly, dgn kasar: the prisoners were treated ~, banduan-banduan itu diperlakukan dgn kasar; 2. approximately, kira-kira, lebih kurang: at a cost of ~ $20, dgn harga kira-kira $20; ~ speaking, bercakap /secara am, dlm garis kasar/; 3. crudely, secara kasar: the hut was ~ built, pondok itu dibina secara kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roughadj 1. not smooth, kesat, kasar: the cloth is ~ to the touch, kain itu kesat apabila disentuh; ~ hands, tangan yg kasar; 2. not level, lekuk-lekak: a ~ road, jalan yg lekuk-lekak; 3. shaggy, hairy, kesat, kasar: ~ skin, kulit kasar; a dog with ~ fur, anjing yg berbulu kesat; 4. stormy, violent, bergelora; (of wind) kencang: ~ seas, laut yg bergelora; a ~ voyage to the island, pelayaran yg bergelora ke pulau itu; 5. not gentle, kasar: ~ behaviour, perangai yg kasar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas