Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sét] | کاسيت

Definisi : (kasét) sj alat yg mengandungi pita utk merakamkan bunyi (suara dsb) atau memper­dengarkan sesuatu rakaman (dgn alat tertentu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sét] | کاسيت

Definisi : /kasét/ alat (lebih kecil drpd kartrij) yg berisi pita utk merakamkan bunyi-bunyian dsb atau utk memperdengarkan sesuatu rakaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaset


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPEAKER

Speaker ialah peranti elektrik yang

mengeluarkan semula bunyi. Speaker membentuk

sebahagian daripada sistem bunyi fideliti tinggi,

radio, alat pemain kaset, dan peti televisyen. Ia

juga menjadi sebahagian daripada sistem siar raya

dan kelengkapan yang digunakan untuk

menguatkan bunyi yang dimainkan oleh pemuzik.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 

Kembali ke atas