Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp 1. beri, bagi; 2. membuat supaya; ®kasih III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = mengasi bp tidak menegah; membiarkan; membenarkan; memberikan: Siapa yg ~ wang itu kpdnya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasi (kata kerja)
Bersinonim dengan beri, bagi, bahagi, sedekah, agih, bak, kurnia;,

Puisi
 

Kecil-kecil buah cemponek,
     Kasi makan anak Cik Batak;
Sudah berpesan datuk nenek,
     Ayam garang kepala botak.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eunuchorang kasiSejarahTiada1. Orang kasi: Pegawai dalam istana yang telah dikasi atau dikendiri biasanya terdapat dalam pemerintahan dinasti-dinasti di China sebelum revolusi dan kejatuhan dinasti Mancu.
الخاصىkasi/kembiriAgama IslamFiqhPenghapusan fungsi alat jantina manusia atau haiwan (lelaki/jantan).
neuterneuter/kasi/kembiriBiologiUmumTiada
caponkapon (PEM.MAN)Pentadbiran PerniagaanTiadaAyam kembiri: Ayam jantan kasi yang beratnya antara 5 hingga 7 paun yang biasanya dipanggang.
imaginary gridgrid khayalanLandskapTiadaGarisan grid yang bu kan nyata di sesuatu kawasan atau pelan yang bertujuan untuk menetapkan la kasi objek di tempat tersebut.
twelve tone compositionkarya dua belas tonMuzikTiada

 Kaedah pengkaryaan dengan menggunakan 12 ton yang telah dicipta oleh Arnold Schoenberg (1874-1951) pada tahun 1921. Kaedah ini yang juga dikenali sebagai dodekafon mula diperkenalkan oleh beliau dalam karya yang berjudul <i>Prelud. i>Justeru, <i>Prelud i>dimantapkan dan diperkembang dalam <i>Suite, i><i>Op. 25 i>yang dihasilkan pada tahun 1923. Kaedah yang di-ilhamkan oleh Schoenberg merupakan satu set himpunan yang terdiri daripada kesemua 12 klasifikasi pic. Set ini dikenali sebagai deret dua belas ton atau set dua belas ton. Pic dalam set atau deret ini wujud sekali sahaja dan disusun mengikut daya kreativiti komposer. Terdapat empat bentuk set klasifi­kasi pic, iaitu deret dasar, deret mundur, deret balikan dan deret mundur balikan. Kesemua empat bentuk set klasifikasi pic tersebut berserta dengan transposisinya pada setiap peringkat klasifikasi pic diatur dalam satu matriks yang dikenali sebagai matriks dua belas ton. Bahan yang diperoleh digunakan mengikut daya kreativiti serta kebijaksanaan seseorang komposer dalam pengkaryaan mereka. Josef Matthias Hauer (1883-1959) juga secara kebetulan telah mencipta kaedah pengkaryaan yang hampir sama pada waktu yang sama.


Kembali ke atas