Suhaili Lily Jun 3rd, 12:44am terima kasi kerana memartabatkan Bahasa Melayu...tetapi boleh DBP pos tentang peribahasa dan seumpamanya...Hal ini kerana, anak muda sekarang tidak kenal peribahasa yang betul dan maknanya...mohon isu ini diambil perhatian | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 3rd, 9:16am Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Pihak DBP telahpun menyediakan kemudahan tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my setiap perkataan yang ditaip seperti perkatan sampan maka akan terpapar maksud mengikut semua kamus yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, akan terpapar secara serentak tesaurus, iaitu perkataan yang segolongan dengan sampan seperti sambok, sekoci, selob dan sebagainya; begitu juga akan terpapar himpunan puisi yang terdapat perkataan sampan (puisi, pantun dan sebagainya); dan pasti juga akan dipaparkan peribahasa yang terkandung perkataan sampan (174 peribahasa yang menggunakan perkataan sampan). Selamat mengembara ke laman tersebut. Pelbagai kemudahan disedia. Moga ini membantu. Terima kasih. | Lain-lain | 03.06.2014 |
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ | contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh. | Tatabahasa | 17.09.2011 |
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan. | Ayat yang betul seperti yang berikut: - Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
- Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.
| Tatabahasa | 18.10.2022 |
ingin mendapatkan pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka untuk bahasa dalam banner.. dbp.jpeg adalah contoh banner or visual banner untuk promosi tahun ini.. tolong memberi comment dan jika boleh tolong kasi nasihat atau kelulusan untuk saya membuat perhantaran kepada mbpj | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 25.04.2017 |