Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaul­annya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaan­nya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), me­nyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatang­kan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (se­seorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. mem­biarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia; pengasih pemberian, hadiah; kasi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
adorationn 1. worship, pemujaan: the ~ of the Cross, pemujaan Salib; 2. intense love, kasih sayang, kasih; (of husband, lover, etc ) kasih sayang, kasih, cinta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thankyoun terima kasih; (attrib) ucapan terima kasih: she left without so much as a ~, dia pergi tanpa mengucapkan terima kasih;I have to write a ~ letter to Mrs Payne, saya harus menulis surat ucapan terima kasih kpd Puan Payne.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thanksn terima kasih: he sent me a letter of ~, dia mengirimi saya surat ucapan terima kasih; how can I express my ~, bagaimana hendak saya nyatakan terima kasih saya; ~ a lot, terima kasih banyak(-banyak);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thank~ you, terima kasih; a. (in a conversation or letter) terima kasih: ~ you for your letter of June 20th 1989, terima kasih krn surat tuan yg bertarikh 20 Jun 1989; b. (when politely accepting st) terima kasih: Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affectionatelyadv dgn penuh kasih sayang: she embraced him ~, dia memeluknya dgn penuh kasih sayang; an ~ written letter, surat yg ditulis dgn penuh kasih sayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affectionn 1. fondness, kasih sayang: every child needs ~, setiap kanak-kanak memerlukan kasih sayang; dogs can show great ~ to their masters, anjing dapat menunjukkan kasih sayang kpd tuannya; have ~ for so., feel ~ toward so., hold so. in ~, menyayangi sso; 2. (in pl) emotion, sentiment, perasaan: to play on so’s ~s, memainkan perasaan sso; 3. medical disorder, penyakit: rheumatism is an ~ of the joints, reumatisme ialah penyakit sendi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grateful2. expressing gratitude, tanda terima kasih: he gave her a ~ kiss on the cheek, dia memberikan ciuman tanda terima kasih di pipinya; ~ words, kata-kata tanda terima kasih; 3. (old-fashioned) pleasant, comforting, menyenangkan, menyamankan: trees along the road that provide ~ shade, pokok-pokok di sepanjang jalan yg memberikan naungan yg menyamankan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loven 1. deep affection, (for parent, friend, etc) kasih sayang: his ~ for his family, kasih sayangnya thdp keluarganya; 2. romantic feeling, sexual attraction for so., cinta, kasih: she married Jim for ~ not money, dia berkahwin dgn Jim krn cinta bukan krn wang; 3. deep liking or enthusiasm (for st) minat: his ~ of music, minatnya thdp muzik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
welcomeyou’re ~, sama-sama, terima kasih kembali: “Thank you.” “You’re ~“Terima kasih.” “Sama-sama”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lovelessadj 1. devoid of love, tanpa /cinta, kasih sayang/: their’s was a ~ marriage, perkahwinan mereka ialah perkahwinan tanpa cinta; 2. giving and receiving no love, tanpa kasih sayang: Mr. Scrooge’s ~ existence, kehidupan En. Scrooge yg tanpa kasih sayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas