Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Baik-baik belayar rakit,
     Tali biar panjang sama;
Kasih sayang bukan sedikit,
     Kalau boleh mati bersama.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).

Bermaksud :

Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik belayar rakit, Tali biar panjang sama; Kasih sayang bukan sedikit, Kalau boleh mati bersama.
Kurik Kundi Merah SagaAyang-ayang kepalanya pecah, Nampak dari Tanjung Keramat; Kasih sayang bercerai sudah, Minta air doa selamat.
Kurik Kundi Merah SagaSirih gagang tumbuh di batu, Buluh hutan buatkan galah; Kasih sayang tak boleh tentu, Jodoh pertemuan di tangan Allah.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar buih, Buih di laut dipakai jua; Kasih sayang dicari boleh, Cinta hati jarang nak jumpa.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di kayu jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati.
Kurik Kundi Merah SagaKapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan.
12345678

Kembali ke atas