Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Bermaksud :

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kasihan gajah berusung.Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menangiskan gajah berusung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menangiskan gajah berusung.Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasihkan raja di atas usungan.Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kasihan gajah berusung, b. Menangiskan gajah berusung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertukar jiwa dengan semangat.Sedang berkasih-kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah merasa maka (= baru) santun.Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai aur dengan tebing.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun kasau dengan bubungan.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas