Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Bermaksud :

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clemency plearayuan belas kasihanSejarahTiadaRayuan yang dikemukakan untuk mendapat belas kasihan atas hukuman yang telah diputuskan.
compassionbelas kasihanSejarahTiadaPerasaan belas dan memahami kesengsaraan serta penderitaan orang lain, misalnya pada tokoh atau pemimpin.
mercy killing (euthanasia)pematian kasihanPerubatanTiadaTiada
mercy killing (euthanasia)pematian kasihanUndang-undangTiadaTiada
Compassionate usepenggunaan berbelas kasihanAIDSTiadaPemberian ubat yang masih belum mendapat kelulusan penmasaran kepada pesakit tenat kerana tiada pilihan rawatan lain.
compassionateberbelaskasihanSejarahTiadaSikap bersimpati atau menunjukkan belas kasihan seseorang atau tokoh atau pemimpin dalam tindakannya.
catharsiskatarsisKesusasteraanTiadaPeleraian perasaan akibat ketakutan, ngeri, kasihan dan simpati yang dirasai oleh para penonton semasa menonton drama tragedi, yang akhirnya membawa kepada kelegaan emosinya. Situasi ini dikemukakan oleh Aristotle dalam karyanya The Poetics. Peleraian perasaan juga berlaku sewaktu penonton mendengar atau membaca karya sastera yang meruntun perasaan seperti dalam karya lipur lara.
apathyapatiPendidikanTiada1. Sikap tidak mempunyai perasaan belas kasihan atau tidak ambil peduli. 2. Ketiadaan minat.
apathyapatiSosiologiTiada1. Sikap tidak mempunyai perasaan belas kasihan atau tidak ambil peduli. 2. Ketiadaan minat.
apathyapatiPerubatanTiada1. Sikap tidak mempunyai perasaan belas kasihan atau tidak ambil peduli. 2. Ketiadaan minat.
123

Kembali ke atas