Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sim] | کاسيم

Definisi : kasi, kembiri; mengasim mengasi, mengembiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kasim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Kasim seorang nelayan. ... turun ke laut menangkap ikan. a) Beliau b)Aku c)Dia "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada ____ untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran - Mu", doa Ali dengan sayu. a) Hamba b) Patik c) Aku

1. Pak Kasim seorang nelayan. Dia turun ke laut menangkap ikan. 

2. "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada aku untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Tatabahasa28.05.2009
Nama saya Arena Che Kasim, pensyarah di UKM dan sekarang sedang bercuti belajar di Wales, UK selama 3 tahun bermula Januari 2008. Saya ingin bertanya tentang cek untuk bayaran royalti buku yang telah dikeluarkan telah tamat tempoh sah lakunya dan bagaimana saya boleh dapatkan balik bayaran tersebut (ini kerana semasa cek tersebut tiba di pejabat saya telah pun berada di UK). Detail maklumat bayaran: Voucher No: 0001171/08 Cheque No: 159691 Tarikh: 24/01/2008 Jumlah: RM107.36 Mohon sekiranya dapat dikeluarkan cek baru dan dihantar ke alamat berikut: Arena Che Kasim No.15, Jalan 3/71 Damai Impian Seksyen 3 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. atau Arena Che Kasim Ground Floor Flat Timberdene 13 Station Terrace Lampeter Ceredigion SA48 7HH UK Terima kasih.
Untuk makluman tuan, Bahagian Hak Cipta DBP telah pun  mengambil tindakan dengan menghantar memo ke Bahagian Kewangan  DBP untuk mengeluarkan cek yang baru sepertimana yang tuan kehendaki.
Terima kasih.
Nor Hashimah Ali
Ketua Bahagian Hak Cipta
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lain-lain29.05.2008
Dalam pengacaraan majlis yang formal, bagaimanakah cara yang betul untuk menyebut nama individu yang mempunyai tanda "@" pada nama mereka?Simbol @ digunakan dalam penulisan nama seseorang yang mempunyai lebih daripada satu nama contohnya Kasim@Hasyim bin Samad. Dalam majlis rasmi simbol @ boleh disebut "[a.lias] alias" dan  "atau". Nama Kasim@Hasyim bin Samad boleh disebut sebagai "Kasim alias Hasyim bin Samad" atau "Kasim atau Hasyim bin Samad." 

Tatabahasa05.02.2023
Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 

2. Ayat-ayat ini betul:
I. Mereka melayari internet di kafe siber.
II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim.
III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus.
Ayat IV tidak dikemukakan.
Tatabahasa23.06.2015

Kembali ke atas