Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kas.tam] | کستم

Definisi : 1. cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport; 2. jabatan kerajaan yg memungut cukai (atas barang-barang yg diimport atau dieksport): bapanya bekerja sbg pegawai rendah pejabat ~; pegawai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kas.tam] | کستم

Definisi : 1 cukai yg dikenakan oleh kerajaan pd barang-barang yg diimport atau dieksport. 2 jabatan kerajaan yg memungut cukai barang-barang yg diimport atau dieksport. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kastam (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cukai, pungutan, kutipan, bayaran, asil, bea, sumbangan, laba, pabean, duano.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih.

Saudara Anuar,

i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat  organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii.  Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM.  Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA.          

Lain-lain10.08.2009
Terima kasih di atas response yang begitu cepat dari pihak tuan. Tema Hari Kastam Sedunia adalah " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi " Sekiranya pihak kami ingin mengunakan huruf besar di setiap awalan perkataan iaitu " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi" di mana pihak tuan menyarankan " semula jadi " dieja sebagai dua perkataan. Adakah ejaan dan penggunaan huruf besar seperti yang di nyatakan di sini adalah betul. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan.Terima kasih.Tema  tersebut ditulis seperti yang berkut : Kastam dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi. Tatabahasa03.12.2008
Kastam Diraja Malaysia, WPKL akan mengadakan majis perisytiharan perpisahan di antara KDRM, KLIA dan KDRM, WPKL. Mohon pandangan pihak tuan mengenai penggunaan istilah pengisytiharan dan perisytiharan, apakah perbezaan dan dalam keadaan bila ianya sesuai digunakan.Kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih.Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: contohnya; mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisyitiharan kemerdekaan; manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman. Melihat kepada maksud kedua-dua perkataan tersebut dan contoh yang diberi, maka istilah yang paling sesuai ialah perisytiharan.Istilah12.03.2009
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIHSambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan.Makna03.12.2008
Tuan saya ada melihat perkataan berikut KASTAM DIRAJA KULIM - ditulis di bangunan kastam kulim,kedah. Adakah dibolehkan penggunaan bahasa tersebut. Difahamkan bahawa Kulim bukanlah sebuah negeri dan tidak pernah ada Raja di Kulim. KASTAM DIRAJA MALAYSIA - memang betul sebab Malaysia mempunyai Raja.Sdr. mairagsaad, memang jika dilihat sepintas lalu seolah-olah tidak terdapat apa-apa kesalahan pada rangkai kata tersebut. Tetapi bagi rangkai kata seperti ini sepatutnya ditulis seperti ini. KASTAM DIRAJA MALAYSIA, KULIM. Terima kasih.Makna02.10.2007
Asalamualaikum, Soalan pertama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang menyeragamkan kepala surat (letter head) seluruh negara. Adakah perlu atau mesti diletakkan tanda koma (,) pada setiap baris ayat ( contoh seperti dibawah). Soalan kedua, adakah perlu diulangi perkataan Kastam Diraja Malaysia selepas Ibu Pejabat atau Ibu Pejabat Kastam sahaja dan soalan ketiga, mana yang betul 'Diraja" atau "Di Raja' atau 'di Raja' atau'Di raja' atau 'DiRaja'. Contoh kepala surat:- JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, IBU PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA, CAWANGAN KOMUNIKASI AWAM, ARAS 7, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, NO. 3, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, 62596 PUTRAJAYA, MALAYSIA. Tetima kasih atas nasihat tuan.

Saudara,

1. Tanda koma perlu diletakkan di setiap baris alamat dan diakhiri dengan tanda titik.  2. Perkataan Kastam Diraja Malaysia yang merupakan nama penuh organisasi digunakan sepenuhnya 3. Perkataan 'Diraja' dieja bersambung, iaitu sebagai satu perkataan.

Lain-lain06.08.2009
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah  bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi,  Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan.Istilah16.02.2017
Kenapakah terdapat perbezaan ejaan 'diraja' bagi Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia? Adakah terdapat perbezaan ejaan DiRaja dan diraja tersebut?Ejaan yang betul ialah Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perkataan Diraja dalam konteks ini merujuk pada hak (milik, dinaungi oleh) raja, sama seperti Askar Melayu Diraja.Ejaan12.09.2018
Adakah betul penggunaan ayat berikut : Pengurus syarikat juga diingatkan tentang janji temu bersama Pengarah Kastam Negeri pada pukul 3.00 petang 12 November 2018.Dicadangkan supaya ayat tersebut disusun seperti berikut: Pengurus syarikat juga diingatkan tentang janji temu bersama Pengarah Kastam Negeri pada 12 November 2018 pukul 3.00 petang.Tatabahasa05.11.2018
SALAM BAHAGIA Bolehkah saya menggunakan : "PEMAKLUMAN PEMOTONGAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BULAN NOVEMBER 2017" sebagai tajuk surat rasmi? pernyataan "PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" tidak boleh diubah kerana telah terkandung di dalam kontrak Sekian terima kasihSalam Sejahtera,

Boleh digunakan.
Lain-lain20.12.2017
123

Kembali ke atas