Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg menutupi kaki (melebihi bahagian atas mata kaki) bertapak dan bertumit keras atau tebal, dibuat drpd kulit atau getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg sampai ke atas mata kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sj kasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasut (kata nama)
Bersinonim dengan sepatu, halus, selop, selipar, alas kaki, lapik kaki, kaus, terompah, capal, but, paduka.,

Puisi
 

Pakailah kasut jalan ke pasir,
     Lokan berisi di dalam puan;
Rambut kusut tidak tersisir,
     Dendam rindu denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya,
     tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
deroh[d«.Äoh]kata namatanah yang lembut atau berlumpur menyebabkan kaki terbenam apabila dipijak.Kau lalu kat situ baek-baek, tempat tu deroh. Nanti abes sapan kasut.[kAw lA.lu kAt si.tu bAe/.bAe/ t«m.pAt tu d«.Äoh nAn.ti A.bes sA.pAn kA.sut]Engkau lalu di situ baik-baik, tempat itu berlumpur. Nanti habis jahanam kasut.
bekinyau[b«.ki.øAw]kata adjektifbersinar atau berkilauan.Wah, bekinyau kasot tu kene kiwi![wAh b«.ki.øAw kA.sot tu k«.n« ki.wi]Wah, bersinar kasut tu kena kiwi!
leboh[l«.boh]kata kerjadilumuri (dalam konteks negatif).Jalan tu lecak, abes kasot aku leboh kene lumpo.[dZA.lAn tu l«.tSA/ A.bes kA.sot A.ku l«.boh k«.n« lum.po]Jalan itu lecak, habis kasut aku berlumuran lumpur.
belapok-harok[b«.lA.po/.hA.Äo/]kata adjektifberkenaan sesuatu barang yang amat kotor dengan debu kerana lama terbiar.Cobe kau basoh kasot tu, dah belapok-harok mak tengok.[tSu.b« kAw bA.soh kA.sot tu dAh b«.lA.po/ hA.Äo/ mA/ tE.No/]Cuba engkau basuh kasut itu, sudah berdebu emak tengok.

Kembali ke atas