Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg menutupi kaki (melebihi bahagian atas mata kaki) bertapak dan bertumit keras atau tebal, dibuat drpd kulit atau getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg sampai ke atas mata kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sj kasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasut (kata nama)
Bersinonim dengan sepatu, halus, selop, selipar, alas kaki, lapik kaki, kaus, terompah, capal, but, paduka.,

Puisi
 

Pakailah kasut jalan ke pasir,
     Lokan berisi di dalam puan;
Rambut kusut tidak tersisir,
     Dendam rindu denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya,
     tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slama sejahtera. mohon penerangan untuk penggunaan kata sendi bagi ayat di bawah. 1. Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut / pada rak kasut? Terima kasih.Jawapan yang betul "Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut".Lain-lain01.11.2018
As'salam. Saya editor bagi sebuah syarikat penerbitan. Saya ingin menyemak tentang produk 'berus penggilap kasut' yang lazimnya dipanggil berus kasut yang digunakan untuk menggilap kasut. Bolehkah saya gunakan 'berus penggilap kasut' untuk menggantikan 'berus kasut' yang digunakan untuk menggilap kasut?Penggilap bermaksud alat yang digunakan untuk menggilap sesuatu seperti kasut. Alat dalam konteks tersebut berkemungkinan berus, kain atau lain-lain material. Oleh itu, jika alat berkenaan hendak dikhususkan kepada berus sahaja, maka frasa berus penggilap kasut boleh digunakan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa berus kasut juga betul kerana berus juga digunakan untuk mencuci dan menggilap kasut.Istilah06.06.2018
KASUT-KASUTSila jelaskan soalan saudara.Lain-lain17.03.2010
Apakah padanan untuk kasut 'loafers' dalam bahasa Melayu?Kami mencadangkan kasut "loafers" diterjemahkan sebagai "kasut santai". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
ingin memastikan yg mana perkataan di bwh betul. Wah! cantiknya kasut itu. Wah, cantiknya kasut itu!Yang betul - Wah, cantiknya kasut itu! Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255. Tatabahasa20.07.2009
Salam sejahtera, apakah terjemahan bagi perkataan "shoe tree"? Ini adalah suatu alat yang dimasukkan di dalam kasut untuk mengekalkan bentuk kasut. Sila rujuk gambar yang dilampirkan. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "shoe tree" dalam pangkalan data kami. Oleh sebab fungsinya untuk mengekalkan bentuk kasut, istilah yang dicadangkan ialah pengekal bentuk kasut atau pengubah suai bentuk kasut.Istilah04.04.2013
Untuk kasut dan kain 'oxford', adakah bahasa Melayu akan mengekal ejaannya atau serap menjadi kasut oksford atau kain oksford? Oksford dalam hal ini bukan nama tempat tetapi jenis kain/gaya kasut.Kami mencadangkan "Oxford" dikekalkan ejaannya.Istilah10.04.2022
saya ingin mendapatkan pengesahan bahasa untuk iklan butik kasut. kami menggunakan trade name "DC TRIBE" bagi butik kasut kami. untuk pengetahuan pihak tuan butik kami menjual kasut. terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain09.11.2016
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih.Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.

Tatabahasa20.05.2014
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya?1. Ali memakai baju sukan.
2. Ali memakai kasut sukan.
Ali memakai baju sukan dan kasut sukan.
Tatabahasa04.08.2015
123456789

Kembali ke atas