Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg menutupi kaki (melebihi bahagian atas mata kaki) bertapak dan bertumit keras atau tebal, dibuat drpd kulit atau getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg sampai ke atas mata kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sj kasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasut (kata nama)
Bersinonim dengan sepatu, halus, selop, selipar, alas kaki, lapik kaki, kaus, terompah, capal, but, paduka.,

Puisi
 

Pakailah kasut jalan ke pasir,
     Lokan berisi di dalam puan;
Rambut kusut tidak tersisir,
     Dendam rindu denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya,
     tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Rosaklah kasut jalan ke pasir, Takutlah kaki terajuk duri; Rambutku kusut tersisir, Bawa mengenang nasib sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pakailah kasut jalan ke pasir, Lokan berisi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam rindu denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai kasut turun ke pasir, Datang ke pasir lalu berjalan; Hati kusut tidak terucir, Ucirlah ucir darimu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asuklah kasut jalan ke pasir, Hendak berahi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki; Apalah guna ilmu dituntut, Jika tidak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Apa guna memakai kasut, Dilangkah akan betis kiri; Apa guna ilmu dituntut, Kalau tidak membantu diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Gebar dilipat kain dibuka, Kasut berbunga benang dandan; Khabar dapat kirim pun ada, Serasa nyawa sekalian badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turun ke buluh, Cucilah kasut tinggal sembilan; Asal abang jangan digaduh, Jangan takut hantar ke depan.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas