Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg menutupi kaki (melebihi bahagian atas mata kaki) bertapak dan bertumit keras atau tebal, dibuat drpd kulit atau getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasut yg sampai ke atas mata kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sj kasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasut (kata nama)
Bersinonim dengan sepatu, halus, selop, selipar, alas kaki, lapik kaki, kaus, terompah, capal, but, paduka.,

Puisi
 

Pakailah kasut jalan ke pasir,
     Lokan berisi di dalam puan;
Rambut kusut tidak tersisir,
     Dendam rindu denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya,
     tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wedgieskasut bajiKesenianTiadaKasut bertumit bentuk baji yang selanjar dengan tapak hadapan. Popular untuk kasut wanita pada akhir tahun 1940-an. Dipopularkan semula sebagai kasut lelaki dan wanita pada tahun 1970-an. Asalnya berbentuk baji tinggi dan sekarang diubah suai ketinggian.
dutchmanlensa pemendek; baji kasut (Belanda),KesenianTiadabaji kasut: Baji segi tiga yang diletak antara bahagian dalam dengan luar tapak kasut untuk keselesaan kaki pemakai. Juga digunakan sebagai lapisan untuk meninggikan tumit kasut dan boleh diubah suai.
duckbillskasut paruh itikKesenianTiadaKasut paruh itik: Kasut tanpa tumit, bahagian hadapannya berbentuk paruh itik, dipakai oleh lelaki pada tahun 1490-1540 di England.
overshoeskasut luarKesenianTiadaKasut daripada fabrik kalis air atau getah, dipakai untuk melindungi kasut asas.
antistatic footwearkasut antistatikPerubatanTiadaKasut khas yang diperbuat daripada bahan penebat. Kasut ini digunakan oleh kakitangan dewan bedah untuk mengurangkan kejadian arus elektrik statik.
leading shoekasut depanKejuruteraanTiadaKasut bagi sistem brek gelendong, dengan hujung gerak kasut itu mendahulu, menghadap arah biasa bagi putaran.
chameleonskasut bunglonKesenianTiadaKasut atau but wanita yang berlubang-lubang untuk menunjukkan stoking yang berwarna-warni. Kasut atau buti ini dipakai pada akhir tahun 1850-an.
apron tonguelidah kasut apronKesenianTiadaLidah kasut yang panjang dan berumbai, biasanya dibalikkan ke hadapan dan menutupi tali kasut.
shoe stringtali kasutBiologiPatologi1. Gejala berupa penyempitan daun hingga kelihatan begitu kecil seperti tali kasut. Biasanya perumah tersebut merupakan tumbuhan atau rumpai yang rentan. 2. Rizomorf kulat Armillaria mellea yang kelihatan seperti tali kasut. Oleh yang demikian penyakit yang menunjukkan gejala ini dinamakan penyakit tali kasut.
spectator pumpkasut tontonKesenianTiadaKasut sarung yang diperbuat daripada dua warna berlainan seperti hitam, biru tua, merah, coklat pada warna putih. Bahagian hadapan dan tumit kasut mempunyai tampal berlubang-lubang, berwarna lain dan sika-siku di tepinya. Diperkenalkan pada tahun 1920-an
12345678910...

Kembali ke atas