Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : teromĀ­pah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kasut (kata nama)
Bersinonim dengan sepatu, halus, selop, selipar, alas kaki, lapik kaki, kaus, terompah, capal, but, paduka.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laranlaranPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anthocephalus chinensis daripada famili Rubiaceae. Nama tempatannya ialah kelempayan, di Sabah ialah limpuh, dan di Sarawak ialah entiponi. Gubal kayunya dan teras kayu laran sukar dibezakan , dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya agak halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 379 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikeringkan, diproses dan diawet, tetapi mdah diserang serangga perosak dan klat pewarna gubal. Kayu laran sesuai untuk papan lapis, kotak kayu, kasut kayu, sepit makan, dan juga sebagai sumber pulpa untuk industri kertas.
pulaipulaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Alstonia spp. daripada famili Apocynaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sayungan, dan di Sarawak ialah mergalang dan pelai. Spesies utamanya ialah Alstonia angustifolia dan A. angustiloba. Gubal kayu pulai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda. Tekstur kayunya halus hingga sederhana kasar, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 475 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, cepat mengering, mudah diawet dan tidak tahan. Gubal kayunya mudah diserang kumbang dan kulat pewarna gubal. Kayu sesuai digunakan untuk kerja ukiran, bingkai gambar, alat permainan, kasut kayu, dan penyepit makanan.
karaskarasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aquilaria spp. daripada famili Thymelaeaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kakaras dan tengkaras bagi kayu sihat, dan aloe dan eagle bagi kayu berpenyakit. Gubal kayu dan teras kayu karas sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, akibat kehadiran floem terkandung, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 500 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu karas mudah diproses, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kadangkala kayu ini menghasilkan kayu berpenyakit, yang mengandungi damar dan mengeluarkan bau harum. Kayu karas yang berpenyakit ini juga disebut kayu gaharu. Gaharu biasanya berwarna cioklat tua atau hitam, lebih berat dan lebih keras daripada kayu sihat, dan digunakan sebagai kayu bau-bauan, atau untuk perubatan tradisional. Kayu karas sihat sesuai digunakan dalam pembuatan kotak, sepit makan, tapak kasut, venir, dan papan lapis.
wood productskeluaran kayuEkonomiTiadaBarang-barang yang diperbuat daripada kayu seperti papan, kayu lapis, papan gentian keras, papan gentian serbuk kayu, tingkap dan pintu, kotak, termasuk juga rumah pasang siap dan kasut yang dibuat daripada kayu, tetapi tidak termasuk perabot kayu.
shoe treepengasak kasutPentadbiran PerniagaanTiadaBahan berbentuk sama ada daripada kayu atau logam yang dimasukkan ke dalam kasut untuk menguatkannya atau memelihara bentuk kasut.
terentangterentangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Campnosperma spp. daripada famili Anacardiaceae. Spesies utama kayu ini termasuk Campnosperma auriculatum, C. squamatum, dan C. coriaceum. Gubal kayu terentang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan berwarna merah jambu. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 320 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikemas siap, dengan permukaan yang agak berbulu. Kayu ini kurang tahan tetapi mudah dikeringkan dan diawet. Kayu terentang banyak digunakan untuk mancis, kotak, venir, papan lapis, dan tapak kasut.
honey funguskulat maduPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKulat Armillaris mella daripada kelas Basidiomycetes yang menyebabkan reput pangkal pada kebanyakkan kayu keras dan kayu konifer. Kulat ini mempunyai rizomorf yang berbentuk bebenang tebal yang menyerupai tali kasut.
footwear manufacturepembuatan kasutEkonomiTiadaPembuatan pelbagai jenis sepatu yang sebahagian besarnya daripada kulit, kain dan bahan-bahan lain tetapi biasanya tidak termasuk sepatu yang sebahagian besarnya diperbuat daripada getah, kayu atau plastik.
bucklekancing; lengkok; geledingSosiologiTiada2. Kancing: Penyangkuk hiasan daripada logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung, mempunyai satu atau dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan pakaian.
gaspergancuKesenianTiadaPenyangkuk hiasan atau kancing berfungsi diperbuat daripada logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung, mempunyai satu atau dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan pakaian.
12

Kembali ke atas