Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp dekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kat

Puisi
 

Ambil galah jolok limau,
     Limau jatuh atas paku;
Ditakdir Allah ditangkap harimau,
     Kalau hidup tak boleh kat aku.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bakBerikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak.Tatabahasa11.01.2013
Mohamad Afiq Syazwan THURS 23:22 Mohamad Afiq Syazwan Mohamad Afiq As salam borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 boleh dapat kat mana ya? cari kat laman web tak jumpa punUntuk mendapatkan borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 sila layari laman web http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ dan klik pada bahagian atas dan klik pada gambar no. 5 (file:///C:/Users/abdulhalim/Downloads/pdfposter.pdf)Lain-lain10.01.2017
Nasibah My RAB 12.06 PTG Salam. Nak tanya Kalau nak semak ejaan jawi, boleh rujuk kat mana ya? Sebelum ni, saya selalu rujuk kat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online Dulu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP" sekarang dah berubah ke?Waalaikumussalam. Untuk menyemak ejaan Jawi, puan masih boleh merujuk di prpm.dbp.gov.my, iaitu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ejaan Jawi setiap perkataan akan terpapar bersama-sama perkataan yang dicari.Ejaan24.05.2017
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasihSebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil.Tatabahasa21.10.2011
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapa perkataan ma -sya-ra-kat dieja مشاركت begini. Mengapa tidak dieja مشاراكت sedangkan dalam perkataan pe-ra-ju-rit (فراجوريت) kedudukan huruf alif tidak digugukan selepas huruf ro. Begitu juga perkataan ke-ra-na (كران) masih wujud huruf alif selepas ro. Maka saya ingin persoalkan mengapa hukum sebegini tidak digunakan dalam perkataan masyarakat? Adakah ini digelar sebgai satu kelaziman bagi perkataan masyarakat ? Semoga persoalan saya mendapat pencerahan yang sewajarnya. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami terhadap panduan ejaan Jawi tidak menemukan rumus yang berkaitan dengan soalan puan. Isunya dalam ejaan masyarakat adalah pada suku kata kedua akhir ra.kat (ma.sya.ra.kat), bukan pada huruf اselepas ر. Kami akan merujuk pihak yang lebih arif dan jika ada maklumat terbaharu akan kami e-melkan terus kepada puan.Ejaan06.03.2017
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo

Lihat Lampiran

Tatabahasa20.10.2011
Yvonne May 13HB JULAI 3.29 PTG Hi, selamat ptg. Smlm saya ada buat pembayaran online utk iklan 6258/2017 dan pembayaran sudah diterima. Duit sudah ditolak tapi kat website ckap kena bayar lagi. Saya call dari pagi tadi kat phone 03-21479100 - 9400 semua tak jawab.Pihak kami akan hubungi tuan/puan pada kadar segera. Harap maaf atas kesulitan.Lain-lain26.07.2017
Assalamualaikum wbt. Adakah kat AROMATERAPI merupakan KATA MAJMUK? Cikgu Rizam Terima kasih.Aromaterapi bukan kata majmuk tetapi kata nama.Lain-lain11.12.2022
Saya nak tanya kat mana saya nak tanya untuk dapatkan khidmat nasihat ya?Bagi mempermudah dan membantu pihak tuan untuk menyemak dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul, pihak tuan boleh layari khidmat nasihat bahasa melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, iaitu www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain22.04.2021
Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Salam admin kat mana saya boleh dapatkan buku2 hikayat melayu klasik Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Even saya search dlm dbp punya page pon x jumpa Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Hanya yg ada hikayat hang tuah Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Adakah hikayat2 yg lain dah "pupus" di pasaranBuku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain07.10.2015
12345

Kembali ke atas