Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Seperti bunyi gung tertangkup.

Bermaksud :

Kata-kata yang tidak jelas.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUISI

Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi

dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma

bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah

atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran,

dan perasaan dalam cara yang istimewa.

UMUM 
MIMOS

Mimos ialah berlakon tanpa kata-kata. Perkataan

bahasa Inggeris mime berasal daripada perkataan

Yunani yang bermaksud semua mimik. Mimos

biasanya merujuk suatu lakonan pendek yang tidak

menggunakan perkataan. Pelakon bercerita dengan

menggunakan gerak isyarat. Mimos terkenal pada

tahun 1700-an dan tahun 1800-an.

UMUM 
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIAAKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter.BAHASAKonsep
KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk

menghubungkan kata, frasa, klausa, dan ayat. Kata

conjunction dalam bahasa Inggeris berasal

daripada dua kata Latin yang bermakna bergabung

dengan .

UMUM 
KATA SENDI

Kata sendi dalam tatabahasa ialah kata yang

memperkenalkan sesuatu kata atau frasa dan

menghubungkan kata itu dengan kata yang

diterangkannya.

UMUM 
KATA SERU

Kata seru ialah kata yang digunakan dalam ayat

sebgai unsur bebas. Dari segi nahu, ia tidak

berkaitan dengan kata lain. Istilah ini, dalam bahasa

Inggeris interjection, berasal daripada kata Latin

yang bermakna tercampak di antara. Kata seru tidak

mempunyai ciri-ciri bentuk yang boleh dikenal

pasti, tetapi boleh digambarkan dalam cara

penggunaannya.

UMUM 
KATA KERJA

Kata kerja ialah golongan kata yang menyatakan

perbuatan atau keadaan. Kata kerja boleh terdiri

daripada satu kata seperti send, atau sekumpulan

kata seperti has been sending.

UMUM 
SCHULZ, CHARLES MONROE

Schulz, Charles Monroe (1922–2000), pelukis

kartun Amerika yang mencipta komik “Peanuts”.

Lukisannya yang mudah memaparkan watak

kanak-kanak yang sering meluahkan kata-kata yang

lucu tetapi bijaksana mengenai kehidupan. Charlie

Brown, Lucy, Linus, dan sebagainya – termasuk

anjing bernama Snoopy – diminati oleh kanak-

kanak dan juga orang dewasa.

UMUM 
SEMANTIK

Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda

dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan

bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai

bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh

kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau

kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam

filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa,

semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian

sejarah mengenai perubahan makna perkataan.

UMUM 
TEKA SILANG KATA

Teka silang kata ialah permainan kata yang

popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah

segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau

klu bernombor biasanya dicetak berhampiran

dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk

menjawab klu dengan kata yang bersilang

melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain

menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat

sama yang kosong pada nombor yang sepadan

dengan nombor klu.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas