Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg menyatakan perbuatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata disebut adat, Siapa beradat nama terpuji; Sebarang kerja patut beringat, Siapa ingat kerja menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kata adat membawa hikmah, Hikmah hidup dunia akhirat; Lupa adat kerja menyalah, Salah hidup binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata disebut adat, Adat Melayu bersendi syarak; Sebarang kerja patut berhemat, Hemat laku budi berakhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata disebut adat, Di balik adat banyak maknanya; Sebarang kerja mengikut niat, Baik niat nampak faedahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas