Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mem­punyai satu pengertian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mercu tanda kata majmuk atau frasa nama?Mercu tanda merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.Lain-lain24.11.2020
adakah temu bual kata ganda berima atau kata majmuk?Temu bual merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.Tatabahasa29.09.2015
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati?Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati.Tatabahasa17.02.2011
Salam, selain kata majmuk yang telah mantap yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan, apakah lagi contoh lain kata majmuk yang telah mantap?Adakah silaturahim dikira sebagai kata majmuk mantap?Terima kasih.Perkataan "silaturahim" bukan kata majmuk yang mantap. Kata majmuk mantap hanya seperti yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan.Tatabahasa14.05.2013
Huraikan mengenai ejaan kata majmuk. Bagaimana hendak bezakan kata majmuk yang kukuh seperti tanggungjawab, kerjasama dan kraftangan dengan ejaan yang dijarakkan seperti dikenal pasti.kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataanTatabahasa05.12.2006
1. Ada tidak buku panduan untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 2. Bagaimana cara untuk menentukan golongan kata untuk kata majmuk. 3. Apakah golongan kata untuk kata majmuk kasih sayang.

Proses pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima penyisipan unsur  lain. Misalnya kata kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain misalnya  "yang". Sebaliknya pinggang mangkuk bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan dengan kata hubung "dan" - pinggang dan mangkuk. Perkataan  kasih sayang juga  bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan perkataan lain contohnya, kasih dan sayang. Kasih dan sayang ialah kata adjektif perasaan (rujuk halaman 91). Untuk makluman tuan terdapat juga bentuk kekecualian beberapa kata majmuk yang penggunaannya  sudah dianggap mantap dieja bercantum walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.  Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  (halaman 72-75). 

Tatabahasa27.01.2021
macam mana kita hendak mengenal pasti kata majmuk? ilmu pengetahuan, nilai murni, rakan sebaya itu kata majmuk ke? ibu bapa itu kata majmuk atau bukan ?Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan perkataan yang sdr. tanyakan juga adalah kata majmuk.Tatabahasa04.04.2007
kata' rumah tangga' dan 'rumah baharu'. salah satu daripadanya ialah kata majmuk. Begaimanakah kita hendaklah memberikan penjelasan tentang cara membezakan kata majmuk dengan yang bukan majmuk ( seperti contoh di atas) ?Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. Istilah03.03.2010
saya ber nama Afeeyah karoomo,sedang belajar Melayu dasar, ingin bertanya Tatabahasa,Apakah maksud kata majmuk, Terima kasihKata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.Tatabahasa07.11.2013
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas?Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas.

Tatabahasa29.12.2015
12345678910...

Kembali ke atas