Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = kata hikmat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah ungkapan “kata pujangga” perlu ditukar menjadi “kata-kata pujangga” seperti lazimnya kita menggunakan ungkapan “kata-kata hikmat”?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata ini membawa makna yang sama dengan kata hikmat. Saudara boleh menggunakan kedua-dua kata ini secara tunggal atau mengulanginya mengikut penggunaan dalam teks atau wacana saudara.Lain-lain23.02.2009
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
Penggunaan kata "Yang" dalam tajuk. Adakah huruf pertama perkataan "Yang" perlu menggunakan huruf besar bila digunakan dalam tajuk? Contohnya tajuk buku "Pujangga yang Malang", adakah perkataan yang dihuruf-besarkan menjadi "Pujangga Yang Malang"? Boleh berikan contoh lain? Terima kasih.Dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Contoh penulisan tajuk yang betul ialah: Pujangga yang Malang atau PUJANGGA YANG MALANG.Tatabahasa16.04.2018
apa maksud pujangga?Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".Makna02.08.2016
apa maksud pujanggaUntuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".Makna02.08.2016
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

kreatif  kata adjektif
1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain:
Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas.

2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi:
Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu

inovatif kata adjektif
(berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi:
Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan.

inovasi kata nama 
1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM.
2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu:
Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka.
kata kerja transitif 3 lihat menginovasi;

Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita.
Makna02.05.2023
As-salamu alaykum. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya sebelum ini di ruangan yang sama. Bolehkah pihak tuan, puan berikan saya senarai sebanyak yang mampu bagi perkataan-perkataan yang perlu digunakan dalam huruf kecil di sebuah tajuk? Terima kasih.Pihak kami tidak mempunyai data berkenaan senarai perkataan yang perlu ditulis dengan huruf kecil dalam tajuk. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Hal tersebut telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu berkenaan. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Contoh penulisan tajuk, Perjuangan Utara dan Selatan, Kisah Sang Kancil dan Arnab Berlumba Lari di Gunung dan Pujangga yang Malang. Tatabahasa07.11.2021

Kembali ke atas