kata sifat (adjektif) | kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata sifat | (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata keadaan | ark = kata sifat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifat mazmumah | sifat tercela, terkeji, atau terhina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifat mahmudah | sifat terpuji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifat tekun | ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sifat tujuh laksana | tujuh sifat (tanda) yg sempurna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata tambahan | kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifat | 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mempunyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengisahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkhabarkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifat | 1 keadaan atau rupa sesuatu benda yg dpt dilihat: Kalau menilik ~nya, binatang itu serangga. kurang ~ tidak cukup sifatnya (spt tidak berkaki). 2 tanda-tanda yg umum utk mengenali sesuatu; keadaan yg ada pd sesuatu: Kekal ialah salah satu ~ Allah. 2 kelakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. ~ tekun ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). bersifat mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. menyifatkan 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |