Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta.kan] | کاتاکن

Definisi : 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamak­nya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Katakan sifir tiga kepada saya. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah "Bacakan saya sifir tiga."Lain-lain13.08.2023
katakan anak saya selalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanannya, saya nak dia makan dengan cepat sedikit, bagaimana saya harus cakap dengan dia, boleh saya cakap "cepat makan". terima kasih.Dalam konteks tidak rasmi (bahasa percakapan), tuan boleh menggunakan bahasa yang difahami seperti "cepat makan" (suruhan). Walau bagaimanpun dalam konteks rasmi seperti binaan ayat suruhan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, tuan boleh menggunakan bentuk ayat seperti "ibu menyuruh anaknya menghabiskan makanan dengan segera".Tatabahasa23.08.2013
Katakan saya maknakan 'value co-creation' = ' nilai cipta-sama'. Apakah peranan '-' dalam english sama dgn BM. Apakah perlu '-' dalam penulisan.Dalam penulisan bahasa Melayu tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat ysang telah diapit tanda petik (" "). Untuk penggunaan tanda petik tunggal dalam bahasa Inggeris, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain22.02.2012
Adakah ayat ini betul? Hal-hal yang dia katakan tidak betul. Adakah "yang dia katakan" harus dibetulkan menjadi: Hal-hal yang dikatakannya tidak betul. Apabila pembuat itu adalah orang ketiga, adakah kita harus menggunakan "dikatakannya"?

Ayat yang lebih gramatis ialah  “Hal-hal yang dikatakannya tidak betul.”

Tatabahasa10.05.2023
Mohon berikan terjemahan BI untuk pantun ini Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. Terima kasihMohon maaf tuan/puan, kami tidak memberi perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk bantuan tersebut. Terima kasih.Lain-lain25.09.2018
1. Tanda baca yang mana satu yang tepat: a) ".... kamu katakan itu." Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya. b) ".... kamu katakan itu," Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya.Jawapan yang betul ialah b.Ejaan22.08.2011
Katakana sifir tiga kepada saya. Adakah ayat ini betul?Katakan bermaksud memberitahu sesuatu perkara/maklumat, menyatakan sesuatu pendapat dan menceritakan sesuatu tentang seseorang. Berdasarkan makna kata tersebut, ayat "Katakan sifir tiga kepada saya" kurang tepat. Tatabahasa11.09.2023
Saya sedang membuat poster. Perkataan dalam poster seperti berikut Katakan tidak kepada penggunaan polisterina dan plastik di kampus FRIM Bawa bekas makanan sendiri Adakah betul atau ada kesilapan.Katakan tidak kepada polistirena dan plastik dalam kawasan FRIM. Bawa bekas makanan sendiri. Tatabahasa28.12.2010
Di sini saya blh katakan yang pendirian DBP adalah tidak tetap. senang cerita, tiada pendirian. cthnya : saya search ejaan utk perkataan Wifi. jadi, saya klik pd 'Khidmat Nasihat'. Ejaan yang saya jumpa:1) Wifi2) wifikat sini jelas, DBP tidak ambil kisah dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Saya boleh katakan kat sini yang bahasa Melayu sangat agresif dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Terima kasih. Saya cuma inginkan kepastian tentang ejaan sebenar Wifi. Bukan perkataan ini sahaja. Banyak lagi perkataan lain yang sama dengan soalan saya ni.Jadi, saya nak tekankan disini, pihak DBP, PRPM sila cakna dengan penulisan anda. kerana laman web prpm ni satu-satunya pusat rujukan untuk bahasa Melayu. Diterima pada : 3/26/2017 10:32:48 AMDalam istilah Teknologi Maklumat tercatat perkataan Wi-Fi. Wi-Fi ialah jenama dan ejaannya standard di seluruh dunia, bagaimanapun dalam carian kami pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan.Ejaan26.03.2017
Apa yang di katakan Bahasa Rasmi?Bahasa rasmi ialah bahasa yang diisytiharkan dan disahkan oleh kerajaan.Makna25.07.2007
12345

Kembali ke atas