Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta.kan] | کاتاکن

Definisi : 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamak­nya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(24)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
average accelerationpecutan purataFizikMekanikPerubahan halaju awal (katakan pada kedudukan A) dan halaju akhir pada gerakan (katakan pada kedudukan B), dibahagi dengan waktu dari titik A ke titik B. Secara matematik ditulis sebagai: (VA,tA = halaju dan waktu pada kedudukan A; (VB,tB = halaju dan waktu pada kedudukan B.)
view factorfaktor penglihatanKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor yang menjelaskan pecahan cahaya yang dipancarkan dari permukaan (katakan A1) yang dapat dilihat atau diserap oleh permukaan yang lain (katakan permukaan A2). Jika permukaan A2 boleh melihat atau menyerap kesemua pancaran dari A1, faktor penglihatan F12 ialah satu. Jika pancaran dari permukaan A1 diagihkan pula ke permukaan lain (katakan A3), maka F12 + F13 = 1.
intermolecular energytenaga antara molekulKejuruteraanKejuruteraan KimiaTenaga minimum atau kedalaman telaga tenaga fungsi keupayaan termodinamik atau tenaga tarikan antara molekul. Bagi sistem satu komponen (katakan A), ia dianggarkan sebagai eA/kB = 0.77Tc, eA/kB = 1.15Tc dengan eA = tenaga antara molekul, kB = pemalar Boltzmann, T = suhu, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip B = keadaan didih. Bagi campuran perduaan (katakan A dan B), tenaga antara molekul dianggarkan sebagai eAB = (eA eB)1/2.
Langmuir isothermisoterma LangmuirKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang menghubungkan kepekatan sesuatu spesies (katakan A) yang terjerap pada permukaan mangkin dengan tekanan separa A di dalam fasa gas sebagai dengan C = kepekatan, P = tekanan, K = pemalar penjerapan, subskrip A = spesies A, subskrip T = keseluruhan.
despotismdespotismeBiologiEkologiSejenis keagresifan sosial dalam hierarki haiwan, seperti yang berlaku pada ayam. Katakan ada 12 ekor ayam. Ada seekor yang paling berjaya dan menjadi raja kepada yang lain. Selepas raja ini, ada seekor ayam lagi yang kurang agresif daripada raja tadi, tetapi lebih berjaya daripada yang 10 lagi. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas yang tidak dapat mematuk sesiapa pun, tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain.
Stokes� integral theoremteorem pengamiran StokesKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeorem untuk menukarkan kuantiti atau fungsi (katakan halaju u) yang berdasarkan satu kontur atau garisan kepada kuantiti yang berdasarkan keluasan yang dirangkumi oleh kontur tersebut menurut persamaan berikut: �t u dl = � �s (n . ikal u) dS, panjang l = panjang kontur, S = keluasan, n = unit vektor normal terhadap permukaan S, u = halaju.
Graham�s lawhukum GrahamKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menyatakan bahawa bagi proses resapan spesies tulen (katakan A dan B) pada keadaan mantap, nilai pekali resapan salah satu spesies boleh dianggarkan jika salah satu pekali resapannya diketahui. Hukum ini diungkapkan sebagai DB/DA = (MA/MB)1/2, dengan D = pekali resapan, M = berat molekul. Hubungan ini boleh digunakan untuk resapan jenis pukal dan juga Knudsen.
additionpenambahanMatematikTiada1. Proses menjumlahkan dua perkara atau lebih. 2. Satu operasi asas dalam matematik. Katakan apabila a ditambah b, hasil tambah ialah c. Secara simbol a + b = c. Penambahan seperti ini boleh diperluas kepada integer, pecahan, nombor perpuluhan, nombor nyata, nombor kompleks, vektor, matriks, siri, polinomial dan sebagainya.
Euler methodkaedah EulerKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah untuk menyelesaikan persamaan kebezaan biasa (ODE). Bagi ODE tertib pertama, katakan dy/dx = � (x, y) dengan keadaan sempadan x = x0y = y0, penyelesaian kaedah Euler ialah, yj+1 = yj + h � (xj, yj), dengan j = 0, 1, ..., n, h = xj+1 - xj, xj = x0 + j h.
residual propertiessifat residuKejuruteraanKejuruteraan KimiaSifat dasar termodinamik (isi padu, entropi, entalpi, tenaga dalaman, tenaga Gibbs � katakan sifat M) yang ditakrifkan sebagai MR = M � MID, dengan M = nilai sifat sebenar, MID = nilai sifat unggul, MR = nilai sifat residu. Konsep sifat residu boleh digunakan bagi bahan tulen dan juga campuran dan ia berbeza dengan sifat lebihan yang hanya untuk campuran sahaja.
12

Kembali ke atas