Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katakanlah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Katakanlah saya sebagai pengacara majlis( guru sekolah) . Bolehkah saya menggunakan Kata ganti nama `beliau` semasa membaca biodatanya kerana murid ini murid cemerlang?Kata ganti nama diri orang ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Dalam hal ini, saudara digalakkan menyebut nama murid untuk tujuan tersebut.Istilah24.04.2009
"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada _____," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana. Jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas "patik" atau "hamba"? Terima kasih.Jawapan yang sesuai:

"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada hamba," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana.
Istilah15.05.2016
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba

Encik Tony,

Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik.

Tatabahasa22.06.2010
"Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku? Katakanlah kepada______," kata Hang Tuah kepada Bendahara Melaka. A. Patik b. Hamba Sila berikan penjelasan. Terima kasih

Kata ganti nama diri pertama "hamba” digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud “saya”. Maka, percakapan antara Hang Tuah dengan Bendahara Melaka menggunakan kata ganti diri “hamba” apabila bercakap sesama mereka.

Tatabahasa27.08.2014
Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.  Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.  Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya.  Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Lain-lain20.02.2019

Kembali ke atas