Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kategori;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
order of programmeatur cara kejohananSukanTiadaJadual perlawanan keseluruhan kejohanan yang dibuat mengikut urutan, iaitu siri yang rendah dalam kategori yang rendah kepada kategori berat yang lebih tinggi. Kemudiannya diikuti pula dengan siri yang tinggi dalam kategori berat yang rendah.
promotional pricingpenentuan harga promosiKomunikasiKorporatSalah satu kategori penentuan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Kategori penentuan harga berfungsi untuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara kategori penentuan harga termasuklah harga biasa, harga lelong, dan harga jualan murah. Harga promosi biasanya ditetapkan untuk barangan atau perkhidmatan yang baru diperkenalkan di pasaran. Sinonim tentu harga pemajuan.
ard kharajiyyahtanah kharajiyahPerniagaan IslamTiadaTanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui dua kategori, iaitu melalui peperangan dan diagihkan kepada pengusaha yang bukan beragama Islam dan kategori kedua, iaitu tanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui perjanjian damai. Tanah ini dikekalkan kepada pemilik asal. Tanah kharajiyah kategori pertama, tidak berubah statusnya walaupun pengusahanya memeluk agama Islam. Sebaliknya, tanah kharajiyah kategori kedua akan berubah statusnya kepada tanah ushriyah sekiranya pemiliknya memeluk agama Islam.
middleweightkategori middleSukanTiadaKategori yang menetapkan petinju mempunyai berat badan tidak kurang daripada 71 kg dan tidak melebihi 75 kg.
heavyweightkategori heavySukanTiada2. Kategori yang menetapkan petinju mempunyai berat badan tidak kurang daripada 81 kg dan tidak melebihi 91 kg.
bar chart or bar graphcarta bar atau graf barTeknologi MaklumatTiadaCarta atau graf yang menggambar maklumat (nilai melawan kategori) dalam bentuk palang atau bar. Bar yang digambarkan boleh dalam bentuk menegak (nilai di paksi menegak, kategori di paksi mengufuk) atau dalam bentuk mengufuk (nilai di paksi mengufuk, kategori di paksi menegak). Dalam carta/graf bar yang sama, dua atau lebih kategori boleh digunakan untuk tujuan membandingkan nilai kategori tesebut. Contoh carta bar mengufuk seperti berikut: Rajah 1
room categorykategori bilikPentadbiran PerniagaanTiadaKategori yang mengasingkan dan mengkatalog bilik penginap mengikut kadar sewa dan jenis bilik.
categorical syllogismsilogisme kategoriPendidikanTiada

 Pernyataan logik yang premisnya ialah usul kategori.

CAT3 (category 3)CAT3 (kategori 3)Teknologi MaklumatTiadaKabel yang boleh menghantar suara dan data sehingga 16 megahertz per saat. Jenis kabel kategori 3 ialah pasangan terpiuh. Contoh aplikasi termasuk 10BaseT, ISDN.POTS dan T-1.
CAT5 (category 5)CAT5 (kategori 5)Teknologi MaklumatTiadaKabel yang boleh menghantar suara dan data sehingga 100 megahertz per saat. Jenis kabel kategori 5 ialah pasangan terpiuh (UTP). Contoh aplikasi ialah 4/16 Mbps gelang token dan 10/100BaseT.
12345678910...

Kembali ke atas