Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.tup.ka.tup] | کاتوڤ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, letup-letup, Bauhinia bidentata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katup-katup


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. oneng-oneng -  anak piut (ke­tu­runan yg kelima)
2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus
3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus.
4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp.
5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami
6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetras­perma;
7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan
8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ica­cinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata.
9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus.
11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni
Makna02.04.2014
Perkataan yang sesuai digunakan untuk menerangkan maksud "stud" pada kasut bola sepakPadanan istilah stud dalam bahasa Melayu ialah butang katup, walau bagaimanapun terdapat banyak frasa lain yang berkaitan dengan stud seperti stud welding padanannya kimpalan stad dan T stud machine padanannya mesin stad T.Istilah20.05.2010

Kembali ke atas